Powered by Blogger.

Sah!! Imam Mahdi Bukan Ahli PAS


Khalil Afandi Abd Hamid yang mendakwa beliau “Imam Mahadi’ yang ditembak mati di perkarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu bukan ahli PAS. “Saya sudah periksa namanya, tidak ada dalam senarai ahli PAS Petaling Jaya Selatan,” kata Yang Dipertua PAS kawasan, Ghazali Shaari. “Orang Taman Medan ramai yang tidak mengenali beliau jarang bercampur dengan orang ramai. “Setahu saya, Khalil jarang ke masjid atau surau. Dia membawa diri sendiri,” kata Ghazali lagi.
Menurut Ghazali, Khalil berasal dari PJS 4 tetapi telah berpindah ke Puchong sejak berusia tujuh atau lapan tahun.Katanya, rumah asalnya itu kini didiami oleh adik lelakinya.

“Kalau tidak salah ingatan saya, ibu Khalil telah meninggal dunia,” tambah Ghazali. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ghazali  memberitahu, tidak ada kumpulan ajaran sesat di Taman Medan.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan maklumat yang diperolehi dari penduduk setempat ada guru yang mengajar agama secara sembunyi di rumah pengikut kumpulan itu. “Tetapi pengaruhnya tidak besar. Saya tidak tahu sama ada Khalil terbabit dengan kumpulan tersebut.

“Yang saya tahu beliau jarang datang ke masjid,” kata Ghazali yang juga Pengerusi Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. ~fmt

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers