Powered by Blogger.

PRK Galas: Bila pemimpin Umno mula memuji Ku Li


WarkahDaily – Tiada siapa merasa pelik dengan perubahan mendadak pendirian beberapa pemimpin Umno terhadap Tengku Razaleigh. Flip-flop yang berlaku pada diri pemimpin Umno itu mengundang rasa lucu kepada pemerhati politik. Semuanya kerana cakap tak serupa bikin pemimpin Umno yang selama ini memandang serong terhadap Ku Li dan memperlekeh terhadap beberapa pandangan ahli parlimen Gua Musang itu.

Penulis belum lupa bagaimana ada pemimpin Umno dan pengikutnya meminta Ku Li membuat pendirian berkaitan sokongan beliau terhadap tuntutan royalti minyak yang dibuat oleh kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS. Ketika itu, Ku Li berkongsi pentas dengan MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain.

Kedudukan itu telah menyebabkan pemimpin Umno dan pengikutnya tidak senang duduk dan mula menyuarakan tidak puas hati dengan Ku Li. Tidak kurang juga ada yang menyindir dan memarahi Ku Li.

Apakah kita dah lupa ketika Ku Li yang lantang menegur kerajaan pimpinan Tun Mahathir sehingga sampai tahap mencabar Mahathir dalam pemilihan Umno untuk kerusi presiden.

Namun ketika itu, apa pendirian pemimpin Umno dan pengikutnya yang begitu setia dengan Mahathir. Sudahkah mereka itu lupa cemuhan yang dibuat terhadap Ku Li.

Jadi tidaklah pelik jika hari ini, pemimpin Umno dan pengikutnya itu boleh berubah apabila inginkan sesuatu daripada Ku Li.

Ibarat ‘masa senang lupa kita, tapi bila susah, baru nak cari kita’.

Memang dah perangai Umno, dalam pilihanraya, bila masa mahukan undi rakyat, baru depa ni akan turun padang, berkenal-kenal dengan rakyat, masuk kampung buat muka sepuluh sen, konon depa ni prihatin terhadap rakyat, tapi lepas habis aje pilihanraya, tambah kalau depa ni kalah, usahkan batang hidung, baying pun tak nampak.

Sekarang tiba masa Ku Li pulak berhadapan dengan perangai pemimpin Umno. Ku Li akan dipujuk, dirayu dipuji, diangkat. Semuanya kerana mahu Ku Li lawan dengan PAS. Mereka merasakan kedudukan Ku Li boleh memberi satu momentum kepada Umno.

Alangkah jijiknya mereka, sesama rakan sendiri pun mereka boleh bermuka-muka. Apatah lagi dengan musuh, lagilah mereka menjelma pelbagai watak lakonan.

Ku Li hanya dipandang bila mengharapkan tenaga Ku Li tapi bila tiada kepentingan, Ku Li akan dibuang jauh-jauh, Ku Li tidak akan dipandang sedikit pun oleh mereka ini.

Maka taklah pelik jika ada pemimpin Umno memuji Ku Li menggunung tingginya. Pada mereka, Ku Li lah berjiwa rakyat, Ku Li lebih layak jadi calon dan sebagainya. Pandai sungguh puak-puak Umno bermuka-muka walaupun dengan rakan sendiri.

Selebihnya, tunggulah Ku Li buat keputusan demi maruahnya di Gua Musang. Apakah Ku Li begitu mudah diperkotak-katikkan oleh beberapa pemimpin Umno.

....
http://warkahdaily.blogspot.com

Posted by Unknown On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers