Powered by Blogger.

Jumpa Di Mahkamah, Kata Ust. Nasha Kepada Karpal

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersedia untuk bertemu di mahkamah jika Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mahu memfailkan kes fitnah ke atasnya berhubung satu kenyataan berkenaan dengan isu hudud dan negara Islam.Sambil menegaskan, menolak sebahagian Islam bermakna menolak Islam, Nasharudin berkata, beliau kekal dengan pendirian bahawa Karpal seorang yang anti-Islam."Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam.

Saya kekal  dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti-Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.Dalam satu kenyataan semalam, Karpal berkata, beliau telah memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.Karpal berkata beliau memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya.Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'.Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu."Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.Dalam kenyataannya, Nasharudin berkata, "saya dididik di dalam Pas bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan.""Di dalamnya ada akidah, perundangan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," katanya lagi.~sinarharian

Posted by Min Yahya On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers