“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter nya, @realDrMAZA.
Tweet Dr Asri pada Isnin lalu. Dr Asri juga menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Uncle Seekers @ Syed Abdullah Hussien Al-Attas yang kini disiasat polis kerana mengktitik Sultan Johor.
“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan.“
Sebelum Dr Asri menulis tentang “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, merujuk kepada tulisan Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.
Rakyat British menegur raja mereka dan ini bagi memastikan mereka juga ada tanggungjawab terhadap pembayar cukai. Beliau juga mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.
Dr Asri juga membuat perbandingan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.
“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.