Home »
Agama islam
»
Artikel Politik
»
Keluar PARTI
»
Kes Jenayah
»
politik kita
» Betul ke Berita ini?
Betul ke Berita ini?
Ning Baizura dan Sharifah Aini Bakal Sertai PAS?
Desas desus mengatakan Sharifah Aini dan Ning Baizura bakal menyertai PAS. Ini dikatakan sebagai momentum gelombang kesedaran Islam di kalangan artis tanahair.
Masaalahnya, betoi ka Ning Baizura dan Sharifah Aini bakal sertai PAS?
Memang berita neh agak luar biasa. Biduanita terkenal tanahair Datuk Shahrifah Aini rupa-rupanya tidak pernah mengundi seumur hidupnya. Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai Parti Islam, PAS dan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.
Berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Islam, PAS kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut menyebutnya. Malah turut disebut juga seorang lagi penyanyi terkenal tanah air, Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai Parti Islam, PAS tidak lama lagi.
Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis yang sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum jika menyokong Pakatan Rakyat. Tidak seperti beberapa tahun dahulu, di mana golongan ini kebanyakannya hanya berani menyatakan pendirian politik mereka jika menyokong Umno dan Barisan Nasional. Satu perkembangan baik buat negara. Sebelum ini penyanyi terkenal Aishah dan pelakon drama Waris yang sedang hangat ditayangkan di televisyen, Hairie Othman menyertai PAS.