Powered by Blogger.

Rakyat Kedah tak perolehi nikmat dibawah pentadbiran PAS..

PADANG TERAP - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihan raya umum 2008 mempunyai hikmah tersendiri.

Ini kerana, kata Timbalan Perdana Menteri, ia dapat memberi peluang kepada rakyat membuat perbandingan antara kerajaan BN dan pakatan pembangkang dalam membawa kemajuan.

Muhyiddin berkata, rakyat boleh menilai antara kemampuan BN dengan kerajaan Pas Kedah dalam soal membawa kemajuan dan menunaikan janji-janji kepada rakyat.

Beliau berkata, kesungguhan BN dalam melakukan pelbagai pembangunan amat jelas sedangkan kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh Pas, gagal membawa apa-apa kemajuan yang dijanji oleh parti itu sebelum ini.

"Selepas empat tahun Pas memerintah di Kedah, apa nikmatnya kepada rakyat Kedah? Apa nikmat yang melimpah ruah yang dijanjikan kerajaan Pas Kedah yang dinikmati oleh rakyat negeri ini? Mana dana-dana? Mana bekalan air percuma?.

"Ada hikmah bila berlaku perkara ini, baru boleh nilai mana lebih baik dan mana yang tak baik," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Felda Lubok Merbau di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau bagi mendirikan sebuah dewan serbaguna untuk aktiviti sekolah.

Muhyiddin berkata, apa yang penting sekarang rakyat perlu terus menaruh keyakinan kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh BN terutama dalam memajukan negara ini.

"Saya percaya gelombang semangat untuk menyokong BN telah ada dalam kalangan rakyat negeri Kedah. Namun yang lebih penting kena kembalikan kuasa kepada BN di negeri ini," katanya.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers