Kematian penyanyi tersohor dunia, Michael Jackson memang benar-benar memeranjatkan dunia. Yang dituduh membunuh Michael Jackson adalah bekas doktor peribadi kepada penyanyi itu sendiri yang bernama Conrad Murray.
Terkini, Murray sedang menderita di sel penjaranya. Bukan sahaja kerana terkurung tetapi dengan keadaan sel tersebut yang sangat-sangat daif. Conrad Murray benar-benar menderita apabila berada dalam bilik kurungannya yang tidak berudara bersih dan mengadu makanan yang disediakan tidak sesuai dengan diet bagi seorang manusia.
Bukan itu saja, Murray yang berumur 59 tahun ini mengeluh apabila pakaian dalamnya hanya dapat ditukar sebulan sekali. Dia juga bimbang akan diserang penyakit tumor otak kerana keadaan penjara yang dianggap menjijikkan itu.
“Keadaan di dalam penjara akan membunuh saya,” ungkapnya.
Dia pernah memberitahu dia bukannya ingin mendapatkan simpati orang awam tetapi bersuara bagi semua banduan yang tinggal di penjara dalam keadaan yang menakutkan. Murray dijatuhi hukuman penjara kerana didapati bersalah menyuntik sejenis ubat penenang iaitu propofol secara berlebihan kepada Michael.
Namun dia tetap berkeras bahawa dirinya tidak bersalah sehingga menyebabkan kematian penyanyi itu. Apapun, hukuman telah dijatuhkan. Nak taknak kenlah terima. Cuma hak asasi manusia perlu juga dijaga walaupun hanya kepada seorang banduan.
TAK SANGGUP NAK BAYANG BAGAIMANA DIPENJARAKAN. OLEH ITU CUBA JAUHKANLAH PERKARA-PERKARA BOLEH MENJEMPUT KITA KE SANA