Powered by Blogger.

Najib yang arah media serang Anwar Ibrahim?

KUALA LUMPUR - Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan orang yang bertanggungjawab memberi keizinan kepada media Umno BN untuk memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terutamanya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Serangan media perdana terhadap kepimpinan Pakatan sejak akhir-akhir ini pastinya selepas mendapat kelulusan daripada Najib.."

“Adalah mustahil bagi semua media tersebut untuk mengeluarkan laporan yang tidak bertanggungjwab dan menyerang Pembangkang tanpa pengetahuan dan keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini berikutan kekerapan pimpinan Umno menyerang peribadi dan berniat jahat terhadap Pembangkang menerusi New Straits Times (NST), Utusan Malaysia dan beberapa media lain sebagai saluran untuk memaparkan laporan palsu serta memburukkan Pakatan, kata Surendran.

“Ia menunjukkan Najib semakin terdesak untuk memenangi hati rakyat sehingga ke tahap menggunakan taktik murahan,” katanya.

Beliau membidas laporan NST yang menuduh Anwar yang juga Ketua Pembangkang kononnya telah mengarahkan CEO sebuah bank untuk memindahkan sejumlah bilion wang ke beberapa akaun pada tahun 1999.

“Laporan itu adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan bersifat politik. Berita itu sendiri menyatakan penyiasat tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong tuduhan itu mahupun membawa kes ke mahkamah,” katanya.

Jelas Surandran lagi, siasatan terhadap kes itu telah ditutup sejak tahun 2000. Ini membuktikan tuduhan terhadap Anwar adalah liar dan tidak berasas.

“Kita (KEADILAN) menyeru agar Najib membina hubungan rasional dengan Pembangkang dan menghentikan segera politik fitnah dan bohong,” katanya lagi.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers