Powered by Blogger.

Azhar Idrus Bukan Ahli Agama?

poligamiSEBELUM itu, suka penulis nak sahkan disini bahawa nama Azhar Idrus tidak disebut langsung dalam pembentangan kertas kerja bertajuk Harapan Ummah Kepada Kepimpinan Dunia Islam oleh Mantan Mufti Palestin, Sheikh Akrama S.A. Sabri dalam Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin sebentar tadi.
Nak diisytiharkan awal-awal dahulu sebab takut ada pulak yang menyampaikan kepada yang tuan punya badan sehingga membuatkan dirinya tidak tentu arah – bangga.
Tapi yang mengaitkan pembentangan itu dengan Azhar Idrus ialah tentang kegemarannya ‘melawak jenakakan’ syarahan agama.  Menurut Sheikh Akrama, perbahasan atau perbincangan isu keagamaan oleh ahli agama mestilah berlaku dalam keadaan tenteram, saling menghormati dan menjaga adab dalam berbahasa.
Menurut Sheikh Akrama lagi, ini sesuai dengan Firman Allah swt yang bermaksud, “dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik”.

Sedangkan kalau nak dibandingkan dengan ceramah Azhar Idrus, penuh dengan lawak jenaka tidak perlu dan kata-kata yang menganjur kepada benci membenci sesama Muslim yang lain.  Tidak lagi disebut tentang sindir menyindir individu tertentu yang tidak selari pendirian dengannya dan agama baru yang dianutinya, PAS.

Sebenarnya trend ini telah dilakukan lama oleh penceramah PAS dan PKR (termasuk Nik Aziz), tapi ceramah mereka ialah ceramah politik, bukan ceramah agama, dengan itu tidak perlu diberi perhatian sangat.
Berbeza dengan ceramah Azhar Idrus (sebelum ‘warna’ sebenarnya terdedah).

Bermula dari hari ini masyarakat Malaysia ini penulis minta jauhkan diri dari Azhar Idrus ini.  Azhar Idrus sebenarnya tidak jauh beza dengan artis-artis yang terkenal kerana penyertaan dalam program realiti - segera, tidak berkualiti dan kalau pun ada yang baik, tidak bertahan lama.

Apatah lagi bila dari segi kelayakan untuk mengajar agama, hampir tidak ada, yang dia ada ialah kebolehan berpusing-pusing semasa bercakap.
Ikutlah nasihat ilmuan Islam seperti Sheikh Akrama yang bersusah payah datang ke Malaysia menyampaikan sendiri first hand information tentang adab yang sebenarnya dalam menyampaikan ilmu agama.http://www.mykmu.net/

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers