Powered by Blogger.

kadar jenayah Selangor Meningkat dibawah PR?

KUALA LUMPUR - Selangor mencatatkan peningkatan kadar jenayah pada tahun 2011 sebanyak 44,302 kes berbanding 39,691 kes pada tahun sebelumnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia meliputi 8,141 kes bagi jenayah kekerasan dan 36,161 kes jenayah harta benda.

Hishammuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat, Parlimen di sini Selasa.

Pua meminta Hishammuddin menyatakan dengan jadual terperinci dan statistik jenayah setiap tahun sejak 2006 bagi Selangor mengikut daerah dan jenis jenayah.

Ini katanya, termasuk jadual dan statistik bagi seluruh negara mengikut negeri dan jenis jenayah.

Hishammuddin berkata, indeks jenayah bagi seluruh negara pada 2011 pula adalah sebanyak 157,891 kes, menunjukkan penurunan berbanding 177,891 kes pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Pua pada sidang media berkata, beliau meminta supaya statistik yang diminta itu dijelaskan secara terperinci.

"Saya mahu indeks jenayah setiap daerah di Selangor seperti Petaling Jaya supaya kita tahu gambarannya dan fikirkan cara untuk menanganinya.

"Ia perlu dinyatakan secara terperinci agar terdapat ketelusan mengenai kadar jenayah di negara ini," katanya.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers