Home »
politik kita
» BN Di Kelilingi Manusia Bangang Memang Betul.. Ini Buktinya
BN Di Kelilingi Manusia Bangang Memang Betul.. Ini Buktinya
Memang tepatlah apabila Mahathir mengatakan bahawa Umno BN dikelilingi manusia bangang. Mari kita sama-sama baca dan gelak guling bating dengan statement Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas berkenaan pengunaan dakwat kekal dalam PRU 13 akan datang.
Inilah standard menteri-menteri BN sekarang.. low class!!
'Gadis cantik tak akan keluar mengundi'
Cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya adalah langkah ke belakang dan ibarat "kembali ke Zaman Batu", kata Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas.
Menurutnya, negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang sistematik seperti MyKad di negara ini.
Dakwanya lagi, langkah itu juga adalah membazir dan akan menakutkan sesetengah pihak untuk keluar mengundi.
"Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi.
"Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas secara berseloroh di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi.
Dalam ucapannya, Kayveas turut menempelak Pakatan Rakyat yang menurutnya berkempen "setiap malam selama 365 hari" tetapi mempertikaikan tempoh kempen sedia ada selama tujuh hari.
"Saya nak cadangkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), kalau hari ini calon dinamakan, esok kita mengundi," katanya separa serius disambut gelak tawa kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Tun Ismail PWTC.
'TEKUN pada parti tertentu saja'
Dalam ucapan sama, Kayveas turut membidas penggunaan media sosial yang menurutnya digunakan golongan muda yang dipengaruhi pembangkang untuk menyebarkan "maklumat yang tidak betul" tentang kerajaan.
"Sekarang pembangkang punya cara, bangun pagi buka laptop fitnah orang.
"Empat puluh peratus rakyat Malaysia guna media sosial tetapi kebanyakan maklumat dalam media sosial tidak betul," katanya.
Sementara itu, Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A Chandrakumanan menggesa kerajaan mengkaji semula pemberian pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang menurutnya disalurkan hanya kepada "parti tertentu sahaja".
"Pemberian pinjaman TEKUN perlu dikaji semula kerana ia hanya diberi melalui parti tertentu dan kami harap perlu diberi melalui semua parti.
"Saya fikir kita akan dapat lebih banyak sokongan (rakyat) dengan cara itu," katanya tanpa menamakan secara khusus parti yang dimaksudkannya. ~malaysiakini