Powered by Blogger.

Anwar yang Desak Saya Sumpah - Abdul Razak Idris

alt
PUTRAJAYA, 21 Jun 2012 - Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris mendakwa beliau membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2003 atas permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang dihubungi di Medan, Indonesia, berkata SD itu membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, selain mempunyai hubungan dengan pihak berkepentingan di Barat.

Ia berkaitan kes saman malu Anwar terhadap The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) kerana mendakwa artikel bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ yang disiarkan pada 2 Mac 2002 sebagai memalukan beliau.

Abdul Razak yang terbabit dalam siasatan kes itu pada 1999 dan ditutup pada tahun berikutnya, mendakwa pada 2003, beliau diminta oleh Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hadir bagi pihak BPR selepas disapina oleh Anwar dalam saman berkenaan. (BPR kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau mendakwa Anwar mengetahui bahawa ‘tiada kes’ terhadapnya dan mempunyai kelebihan dalam kes itu kerana dokumen yang dirampas dalam siasatan sudah dipulangkan.

Abdul Razak yang menamatkan perkhidmatan pada 2004, berkata disebabkan disapina sebagai saksi plaintif, beliau bersetuju dengan permintaan Anwar supaya membuat SD selepas Anwar enggan memasukkan kenyataannya dalam afidavit.

"Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.

“Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.

“Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Mengenai tindakan Anwar menggunakan SD beliau bagi menyokong kesnya sekarang, Abdul Razak berkata sesiapa saja akan menggunakan peluang seumpama itu.

Sehubungan itu, katanya, SPRM wajar membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru.

Sementara itu, Eekmal Ahmad, koodinator media Anwar, terkejut apabila diminta mengulas pendedahan Abdul Razak dan bertanya bagaimana New Straits Times dapat menghubungi bekas pengarah BPR itu serta sama ada media lain memperoleh maklumat berkenaan.

Katanya, tiada sesiapa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangka Abdul Razak akan bercakap mengenainya kepada media.

“Kami tidak mahu mengulas dakwaan itu dan kami tidak mahu mencabarnya. Selagi SD itu tidak diubah dan Abdul Razak mengekalkan perakuannya itu, kami tidak melihat sebarang masalah. SD tidak boleh dipinda atau Abdul Razak boleh didakwa kerana membuat akuan sumpah palsu,” katanya.

Ditanya komen Anwar mengenai pendedahan itu, Eekmal berkata: “Jika ada sebarang maklum balas daripada Anwar, saya akan memaklumkan kepada anda.”

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers