Powered by Blogger.

‘Isu Bapa Kafir’: Umno rosakkan pemikiran pegawai kerajaan, kata Khalid


SHAH ALAM, 10 Mei — Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dituduh telah merosakkan pemikiran pegawai-pegawai kerajaan dengan menanamkan kebencian dalam pemikiran mereka terhadap pembangkang, kata Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor yang menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai “Bapa Kafir” jelas menunjukkan Umno telah menanamkan perasaan kebencian yang mendalam terhadap pembangkang sehingga dilihat sebagai musuh negara.
“Pemikiran pegawai-pegawai kerajaan telah dirosakkan oleh Umno untuk membenci pembangkang  hingga mereka tidak boleh bertindak dengan sejujur-jujurnya.
“Kenyataan Tan Sri Rahim Nor yang menuduh Nik Aziz sebagai bapa kafir jelas menunjukkan bukti Umno menanamkan kebencian terhadap pembangkang di kalangan pegawai-pegawai atasan hingga dianggap sebagai musuh negara,” tegasnya dalam sidang media pejabatnya di sini.
Tambah Khalid (gambar), kenyataan yang dikeluarkan bekas ketua polis itu penuh dengan perasaan kebencian, sedangkan beliau seharusnya memberikan kenyataan yang bersifat neutral.
“Istilah ini penuh emosi, keganasan dan kezaliman. Sebagai bekas ketua polis negara, dia sepatutnya neutral.
“Ini menzahirkan kadar neutraliti yang tak dapat dilaksanakan kerana institusi kerajaan dirosakkan oleh Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai cara,” tambahnya.
Menurutnya lagi, ia juga adalah salah satu punca mengapa peserta Bersih 3.0 dibelasah teruk oleh anggota polis.
“Maka itulah yang akan menghasilkan tindakan zalim dalam apa-apa program.
“Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan Umno-BN hingga mereka tidak boleh bertindak dengan sejujur-jujurnya,” tambahnya yang turut menggesa sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, kerajaan seharusnya menghormati pembangkang dan sedia untuk menerima kekalahan.
Sementara itu, Khalid turut mengumumkan telah mengemukakan saman balas terhadap ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali kerana menggunakan perkataan berunsur hasutan terhadap dirinya.
“Saya pada mulanya enggan membawa perkara ini ke mahkamah, kerana ia melibatkan arena politik, tapi bila Hasan sudah membawa ke mahkamah, jadi saya tiada pilihan lain.
Sehubungan itu, Khalid menjelaskan, beliau telah melantik Hanipah Maidin selaku peguamnya dan akan menyerahkan surat mahkamah kepada Hasan Isnin ini.
“Kes Hasan tidak sekukuh mana, saya ada asas yang lebih kukuh untuk timbulkan persoalan dalam kes ini.
“Apa yang dia sebut saya sebagai parasit dan sebagainya jauh lebih menjejaskan reputasi saya,” tambahnya.
Hasan telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Khalid berhubung dakwaan pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang diketuainya dikatakan mendapat dana daripada syarikat-syarikat tertentu.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers