Powered by Blogger.

Hasan akidah Banyak Mengarut laaa


Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar lori

Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu.

Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.

"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.

Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.

"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu.

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.

Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. -mk

Ulasan GB

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.


Jika identiti pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam itu tidak didedahkan sejak awal lagi, bagaimana mungkin boleh timbul teori "diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut"?

Siapa yang kenal mereka apabila identiti mereka tidak pernah didedahkan? Kita semua difahamkan dahulu video itu pun hanya menyediakan suara pasangan berkenaan dan tidak didedahkan wajah mereka.

Lebih jahat lagi andaian menyatakan "ia ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut".

Hebat sangatkah video murtad tersebut sedangkan ia lansung tiada kredibiliti dan integriti untuk diketengahkan sebagai bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai butiran lengkap dan mencukupi untuk mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan murtad?

Hassan Ali dan crew pembikinan video itulah yang perlu ditahan dan disoal siasat kerana mengeluarkan "teori" dangkal dan tuduhan melulu menyatakan pasangan "pelakon videonya itu dilanggar lori kerana membuat pendedahan isu murtad". Merekalah yang sebenarnya mengenali identiti pasangan berkenaan.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers