Powered by Blogger.

Muhyiddin berai cabar Najib?

Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berkata kegagalan Datuk Seri Najib Razak meraih keputusan lebih baik berbanding 2008 dalam pada pilihan raya umum akan datang akan menyebabkannya presiden Umno itu dicabar dalam pemilihan parti selepas ini.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, wartawan veteran itu berkata, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak akan dicabar oleh timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Siapa akan cabar Najib? Bukan Muhyiddin. Pencabarnya akan datang daripada lapisan seperti (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin dan (MP Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir, tapi tak semestinya mereka," katanya.

Tambahnya, Mukhriz bagaimanapun perlu menjadi menteri penuh terlebih dahulu sebelum memulakan cabaran, manakala Khairy pula kini nampaknya sudah "hilang ghairah."

“Dia bukan lagi seorang yang berpengaruh seperti sebelumnya. Sementara itu, jawatan pengerusi PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) akan buatkan dia sibuk," katanya.

Abdullah (foto), yang merupakan penasihat kepada bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein berkata, cabaran itu juga tidak mungkin digerakkan oleh pemimpin tertinggi seperti sepupu Najib sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“(Hishammuddin) juga perlu disalahkan jika BN menang dengan majoriti kecil. Presiden, timbalan dan naib presiden akan dipertanggungjawabkan.

Bekas anggota majlis tertinggi Umno itu menjangkakan bahawa BN akan menang dengan majoriti antara 20 hingga 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya ke-12.

Abdullah, yang juga merupakan bekas pengarang kanan akhbar The New Straits Times, turut memberikan beberapa petua kepada Najib untuk menghadapi pilihan raya itu.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers