Kononnya dia saja yang perihatin!, dia saja yang buat kerja!
Memang hampehh!. Video murtad keluaran Hasan Ali yang dihebuh-hebuhkannya langsung tidak ada standard! tak ada kredibiliti untuk sebarang pendakwaan atau bahan bukti.
Ia cuma sekadar rakaman temubual pengakuan. Pengakuan sebegitu siapa pun boleh buat, lebih-lebih lagi untuk tidak mendedahkan si pengakunya, kononnya atas sebab keselamatan! Wah! hebat dan dahsyatnya kuasa yang ada dipihak yang cuba mengkristiankan orang Islam sehinggakan orang murtad yang kembali kepada Islam terpaksa dikawal rapi. Padahal negara kita negara Islam konon, kita ada undang-undang, kita yang berkuasa, mengapa kita perlu takut? Siapa yang takut sebenarnya? Individu yang terselamat dari murtad atau Hasan sendiri yang takut? Apakah Hasan Ali merasa takut dan tidak selamat kerana menyedari semua kerjanya itu tidak ikhlas,… ada udang disebalik mi? .
Itu satu hal,… tetapi yang Hasan Ali terlalu sibuk sangat nak tayang video murtadnya sekarang ni kenapa? . Selama hampir empat tahun menjadi menjadi exco sebelum dipecat, kenapa tak buat apa-apa? Kenapa tidak mahu bertindak? Sekarang tiba-tiba ghairah nak tayang video. Nampaknya keghairahan Hasan hampir menyamai keghairahan datuk-datuk T masa nak buat tayangan perdana video lucah beberapa bulan dulu.
Seperkara lagi,… kalau sekadar pengakuan yang individu berkenaan pernah didekati kumpulan mubaligh kristian dan menawarkan pekerjaan, tempat penginapan dan makan minum, itu dah kerap kali berlaku sejak dulu lagi,…tak payahlah bising-bising dan tak perlu kecuh seperti yang Hasan buat sekarang ni ! Tak perlu nak salahkan sesiapa kerana semuanya berpunca dari individu itu sendiri yang tak kuat iman !
Kejadian “kristianisasi” yang dihebuh-hebuhkan ini pun kononnya berlaku pada tahun 2004. Sedangkan PAS dan PKR mula memerintah Selangor pada 2008. Siapa sebenarnya yang memerintah Selangor dan siapa Exco Agama Selangor ketika itu? Bukankah UmnoBn? Kenapa PAS dan PKR juga yang mahu diserang dan dipersalahkan? Jelas sekali Hasan al akidah ini telah menjual atau menggadai maruahnya kepada Umno. Demi untuk mencari glamour, populariti dan habuan Hasan sanggup melakukannya!!
Posted by admin:007dunia
On
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui: