Powered by Blogger.

Antara kes Altantuya dan tarikh bubar parlimen !

 
Kapal selam lebih penting dari nyawa seorang wanita,.. Berapa harga nyawa Altantuya? Dan paling penting apa motif pembunuhan? Siapa arah dan siapa upah? Mungkinkah mahkamah Perancis boleh merungkai kes ini? 
 
Perbicaraan berkaitan komisen kapal Scorpene di Perancis akan berjalan tidak lama lagi dan sekiranya Najib bakal disapina untuk menjadi saksi pada perbicaraan kes tersebut ada kemungkinan ini akan menjejaskan tarikh pembubaran parlimen ! Kita sama-sama tunggu dan lihat !!

Tentang kisah dua buah kapal selam yang dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Datuk Seri Najib  menjadi menteri pertahanan, banyak persoalan telah timbul disebalik pembelian kapal ini.  Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.  Kerajaan bagaimanapun mendakwa, pembayaran besar kepada Perimekar itu adalah sebagai perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'. 

Akhirnya mahkamah Malaysia mendakwa Abdul Razak Baginda dan dua pengawal peribadi Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.  Namun entah dimana silapnya selepas dibicara  Abdul Razak dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati. Soalnya, benar-benarkah kedua-dua kambing hitam ini akan digantung? Wallahhuallam !  tetapi adalah tidak mustahil kerajaan boleh bermain silap mata semasa mengantung kambing hitam ini.

Persoalan mengapa Altantuya dibunuh semua orang boleh faham!?  Tetapi apa motif pembunuhan dan terlibatkah Najib?  tidak pernah pernah ditimbulkan di mahkamah Malaysia sebelum ini. Kerajaan Malaysia bagaikan mahu menutup kes tersebut. Mungkinkah mahkamah Perancis boleh merungkai kes ini ?  Harapan kita begitulah!  Semoga kecurangan dalam kes pembelian kapal selam ini terbongkar dan kematian Altantuya terbela.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers