Powered by Blogger.

UMNO – Pas Adalah Pertembungan Akidah, Pas Dituntut Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR 2 Jun – Pas perlu memberi penjelasan sebenar apa yang dimaksudkan pertembungan antara parti itu dengan UMNO adalah pertembungan akidah dan bukannya pertembungan politik.
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata perkataan akidah itu tidak boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya demi untuk kepentingan politik.

“Semua orang mengetahui, apabila menyebut perkataan akidah ia adalah suatu perkara membabitkan kepercayaan individu terhadap agama yang dianuti dan ini adalah suatu perkara yang sensesitif terutama membabitkan orang Melayu.

“Apakah yang dimaksudkan itu menunjukkan akidah orang UMNO tidak sama dengan akidah orang Islam yang lain, berdasarkan apa yang dikatakan itu menunjukkan kepercayaan orang Melayu terhadap agamanya tidak sama dengan orang Pas.
“Sedangkan kita mengetahui dan termaktub dalan Perlembagaan Negara bahawa agama yang dianuti oleh orang Melayu adalah agama Islam, adakah kepercayaan orang UMNO dan Pas terhadap Islam mempunyai perbezaan anatara satu samalain,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, kenyataan Perwakilan Dewan Ulama Pas Terengganu, Hamzah Ngah ketika membahaskan ucap utama Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat Ke-50 suatu kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan serta kesangsian bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi kepada bangsa lain yang beragama Islam di negara ini.

Dr Ramlah berkata, isu akidah adalah suatu isu yang sensitif dan tidak boleh disalah guna hanya untuk kepentingan politik atau mencari populariti.
“Kita jangan suka bercakap mengikut sedap mulut sahaja untuk kepentingan politik, kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita katakana, kita perlu memikirkan kesan dari apa yang kita nyatakan,” katanya.
Tegasnya, apa yang dinyatakan itu samalah seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas yang melabelkan UMNO sebagai kafir.

“Ini adalah strategi Pas untuk mengelirukan orang Melayu, jika dahulu mereka mengatakan undi Pas akan masuk syurga, kini mereka cuba cara baru dengan mengatakan akidah orang UMNO tidak sama dengan Pas,” katanya.

Beliau meminta Hamzah memperbetulkan apa yang dinyatakan atau memberikan penjelasan dengan kenyataan yang dibuat.  -MediaUMNO.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers