Powered by Blogger.

Tindakan Mungkir Janji hanya akan memalukan Menteri Umno/BN

DUNGUN - Tindakan pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang enggan membenarkan rombongan Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) menyerahkan Memorandum Rakyat akan hanya memalukan menteri Umno dan BN sendiri.

Pengerusi Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata insiden yang berlaku semalam 27 Mac, di hadapan pintu pagar pejabat Ketengah adalah amat mendukacitakan.

Beliau berkata perbincangan dengan pihak Ketengah pada sehari sebelum penyerahan memorandum tersebut  telah mendapat persetujuan lisan dari pegawai yang bertanggungjawab di pejabat Ketengah, namun ia berlaku sebaliknya, pada hari penyerahan memorandum tersebut.

Menurutnya, tindakan pihak Ketengah itu seolah-olah ada tangan ‘ghaib’ yang memberi arahan tidak membenarkan rombongan Waris masuk bagi menyerahkan memorandum tersebut.

“Saya dukacita dan seolah-olah ada tangan ‘ghaib’ yang memberi arahan tidak membenarkan kita (Waris) masuk untuk serah memorandum.

“Ketika ini, sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung. Hari ini pemberita datang, mereka (wartawan) merakamkan apa yang berlaku di sini (Ketengah) dan akan sampai (berita) ke Kuala Lumpur.

“Jadi yang susah dengan tindakan Ketengah ini adalah Menteri. Dia (Ketengah) di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal. Bayangkan, bila saya sampaikan hal ini kepada Ahli-ahli Parlimen, apa Menteri hendak jawab, kenapa mereka (Waris) tidak dibenarkan masuk.

“Ini akan menjejaskan nama baik atau reputasi Ketengah. Sebab itu, bagi saya siapa pun dalangnya ini adalah suatu tindakan yang tidak cerdik yang akan mengundang kontroversi,” jelasnya ketika berucap di hadapan pintu masuk bangunan pejabat Ketengah di Bandar Al-Muktafil Billah Shah (AMBS), dekat sini.

Menurutnya, NGO Waris telah membawa suara rakyat melalui 12 perkara penting yang dijadikan memorandum kepada pihak Ketengah dan kerajaan.

Beliau yang juga  Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menegaskan rakyat tidak mahu lagi pembaziran terus berlaku dalam kerajaan dan agensi-agensinya.

Katanya, setiap tahun berbilion telah diluluskan dalam bajet di Parlimen dengan peruntukan yang banyak termasuk di Ketengah.

“Kita (rakyat) tidak mahu pembaziran dilakukan. Saya fikir jika seluruh agensi ini, dengan peruntukan berbilion setiap tahun diluluskan dalam Bajet di Parlimen. Jika agensi-agensi ini gagal, kita harus memikirkan dasar-dasar yang baru.

“Bagi saya, sangat rugi dengan jumlah tanah 640,000 hektar di Ketengah tetapi masih tidak nampak kejayaan yang baik dan cemerlang di Wilayah Ketengah ini,” ujarnya.   

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers