Powered by Blogger.

Hishamuddin Baru Sedar Mengenai Keselamatan Ahli Politik.

Kenapa sekarang baru Datuk Seri Hishamudin Hussin Onn  menyatakan ahli politik diminta lapor pada polis jika rasa terancam? Apakah beliau selaku Menteri Dalam Negeri tidak dimaklumkan atau memang beliau jenis Menteri yang tidak ambil kisah berkenaan dengan beberapa gangguan oleh samsing Umno yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Sekarang baru beliau bersuara,  Itu pun apabila kononnya  Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Wee Ka Siong hendak dipukul  pada 25/3/12 ketika beliau menghadiri perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina d Kajang.  Jika tidak kena kepada Dr Wee maka Hishamuddin masih tertidur dan tidak kisah apa anggota bawahan beliau buat..

Di antara ceramah Pakatan Rakyat yang diganggu,  21 Januari 2012 ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun Kelang sehingga seorang cedera dan 11 Februari 2012 ceramah aktivis pelajar di Kampung Idaman Kelang.  Ceramah Tn Haji Mohd Sabu di Seremban, Rembau, Muar. Malahan ceramah Datuk Seri Anuar Ibrahim 19 Februari 2012 di Sembrong Johor kawasan Hisahamudin sendiri sehingga cermin kereta pecah. Begitu juga ceramah Anwar Ibrahim di ganggu di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah Melaka.

Sehingga kini ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh penyokong Umno BN d Melaka. Kenapa pihak polis tidak bertindak kepada samsing upahan Umno?
Mereka lakukan ini sebagai provokasi untuk menguji penyokong Pakatan Rakyat. Kita bimbang jika perkara ini berterusan ia akan memberi suasana yang tidak baik di dalam iklim politik di negara ini. - http://idrisahmad.wordpress.com/

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers