Powered by Blogger.

Demo sokong Ustaz Hoslan hambar

Solidariti bagi menuntut pembebasan Hoslan Hussin, imam yang dijatuhkan hukuman penjara setahun gara-gara melemparkan seliparnya ke arah panel hakim petang tadi suram dan gagal mendapat sambutan.Satu demonstrasi aman diadakan di hadapan masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta hanya  menyaksikan sekitar 60 orang hadir dengan simbolik mengangkat selipar dan kasut masing-masing.Kumpulan  ini bergerak menuju ke Istana Negara jam 3 petang hari Sabtu (24 Mac) dan tiba setengah jam kemudian, untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Penyerahan memorandum itu bagi memohon Tuanku memberi pengampunan seterusnya membebaskan Hoslan yang kini meringkuk di penjara Kajang sejak dua minggu lalu.
Turut hadir dalam demonstrasi ini termasuklah Naib Presiden PKR, N Surendran, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad dan  peguam Latheefa Koya.
Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa yang mengetuai demonstrasi itu mendakwa tindakan membaling membaling kasut bukan isu utama sebaliknya perjuangan imam Hoslan untuk menentang penyelewengan wang wujud di masjid Kampung Pandan.
Beliau berkata memorandum itu juga bagi memohon Tuanku untuk campurtangan dalam siasatan pendakwaan berhubung isu penyelewengan masjid di Kampung Pandan itu.
“Isu disembunyikan sedangkan ia sudah berlaku sejak 2007. Pada 2008 Hoslan dipecat sebagai imam dan keluarga diusir keluar daripada kuarters kerajaan,” dakwa beliau.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers