Powered by Blogger.

BERSIH 2.0 Akan Berhimpun di 24 Bandaraya Dunia Esok

Bersih 2.0 Global meminta rakyat Malaysia di seluruh dunia supaya turut berhimpun pada masa yang sama esok, sebagai tanda sokongan kepada tuntutan untuk pilihan raya yang bersih dan adil. Bersih 2.0 Global dalam satu kenyataan menggesa agar perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika. “Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia,” kata wakil gerakan global itu.
Bersih 2.0 Global berpendapat negara ini perlu mengamalkan demokrasi terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman adalah satu norma dan bukannya pengecualian.

“Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenangnya kerana berpakaian kuning. “Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong Bersih 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian),” kata kenyataan itu lagi.
Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk “memenuhi tugas dan tanggungjawabnya” dengan mengakui “kehendak rakyat” supaya membenarkan himpunan itu diadakan secara aman.

Addin memohon peserta BERSIH 2.0 di luar negara supaya menghantar berita, maklumat dan gambar-gambar kepada kami di addin1977@gmail untuk disiarkan dalam blog Addin.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers