Powered by Blogger.

Awang Adek Kayuh Basikal Mintak Simpati Pengundi Bachok

Biar pun Ketua Umno bahagian ini, Datuk Dr Awang Adek Hussin melakukan pelbagai usaha bagi menarik simpati rakyat, namun pengundi Bachok seperti tidak berganjak.Penduduk memberitahu ada ketikanya Timbalan Kewangan itu dilihat mengayuh basikal menemui penduduk di kampung-kampung. Seorang penduduk dari Tawang pula mendakwa orang kanan ketua Umno Bachok dilihat kerap menemui penduduk terutamanya golongan atas pagar dan penyokong PAS bagi menawarkan sesuatu.

Malangnya segala usaha yang dilakukan Awang Adek bukan sahaja gagal sebaliknya menerima tamparan hebat apabila kubu tradisi Umno di Kampung Pengkalan Cina sudah retak menunggu belah.

Ketua Cawangan Umno kampung terbabit Shaari Ali yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mengisytiharkan keluar Umno baru-baru ini.

Biar pun belum menyertai mana-mana parti lain, namun beliau sudah tampil ke pentas PAS mendedahkan masalah yang berlaku dalam Umno di Bachok sekarang.

Shaari berkata, beliau mengetuai cawangan Umno di kampung tersebut sejak 32 tahun lalu, dan pernah menjadi penghulu di zaman kerajaan Barisan Nasional mentadbir Kelantan.
Menurutnya selepas kerjaaan BN tumbang pada 1990, beliau dilantik pula sebagai Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) sebelum ditukar kepada JKKKP selepas pilihan raya umum 2008.

“Umno sekarang sangat bercelaru, bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi malah sudah berjangkit ke peringkat kampung.

“Saya tidak mahu bersekongkol lagi dengan parti yang banyak masalah. Saya telah menceraikan Umno dengan talak tiga.

“Kecelaruan tersebut akan memberi kesan kepada penyokong Umno di peringkat bawahan yang selama ini bermatian menyokong parti tersebut,” katanya pada ucapan ringkas di majlis ceramah isu semasa di kampung terbabit.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad dan timbalannya, Ustaz Hassan Mahmood.

Shaari juga bekas Pengerusi Persatuan Penanam, Pengawit Individu Tembakau Malaysia dan Pengerusi Ban Tembakau Bachok.

Beliau juga memberitahu sedang mengumpul rakan-rakan dan penyokong Umno di kampung tersebut dan sekitarnya untuk menyertai PAS secara beramai-ramai dalam masa terdekat ini.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers