Powered by Blogger.

Apa Khabar Puasa Kita?


Ramadhan sudah berlalu hampir separuh. Nampaknya masa berjalan begitu cepat sekali. Semua orang merasakan terlalu pantas masa berjalan, sehingga tidak sedar bahawa puasa sudah hampir separuh Ramadhan. Benarlah ini tanda akhir zaman sebagaimana nabi SAW peringatkan . Sabda Rasulullah SAW

Tidak berlaku kiamat sehinggalah jarak masa menjadi dekat. Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu. Seminggu seperti sehari. Sehari seperti sejam. Sejam seperti api yang menyambar bahan bakar”.

Cuba kita bayangkan dulu jika kita berpuasa memang terasa begitu lama. Sekarang sebaliknya. Ini adalah petanda dunia sudah tua, ia akan menemui ajal yakni kiamat.
Bagi kita ahli Pas rebutlah peluang Ramadhan yang masih berbaki, terutama di malam sepuluh terakhir bagi merebut Lailatul Qadar. Perbanyakkan berdoa kerana ia adalah senjata mukmin yang paling kukuh untuk menghadapi cabaran masa depan. Mohonlah kepada Allah agar Allah berikan kekuatan Iman dan istiqamah dan kemenangan kepada perjuangan Islam di negara ini.

Beberapa perkara yang boleh kita muhasabah diri kita apabila separuh Ramadhan berlalu. Apakah ada peningkatan amal kita di dalam amalan sunat kita di dalam bulan Ramadhan ini. Jika tidak, cepat-cepat perhebatkan, kerana masih ada peluang. Ramadhan ialah bulan ibadah. Semua amalan digandakan oleh Allah yang maha pemurah kepada kita. Sebagaimana Nabi SAW bersabda “Siapa yang melakukan satu fardhu digandakan sampai tujuh puluh fardu, siapa yang melakukan amalan sunat, maka ia menyamai satu

fardu”.
Ayuh jangan lepaskan peluang ini. Perbanyakkan amalan sunat kerana ia menampung kekurangan amalan fardu yang kita lakukan selama ini.
Solat tarawih jangan diabaikan. Tidak kiralah berapa kita mahu amalkan dari segi bilangan rakaat. Tidak perlu perbesarkan soal bilangan rakaat, kerana ia hanya sunat muakkad. Kesemuanya ada hujah masing-masing.
Tidak perlulah polimik bilangan ini dibawa ke dalam jamaah sehingga membawa kepada masam muka di kalangan ahli jamaah. Perkara yang sudah lama dibincang sejak dahulu lagi. Apa yang penting ialah kita buat. Bukan perkara bilangan yang hendak kita polimikkan. Tidak ada makna jika perkara ini diperbesarkan sedangkan masalah Islam dihina, hukum Allah diketepikan, penindasan dan ketidak adilan berluasa di dalam masyarakat.

Apa yang penting, biarlah ruh tarawih dihayati oleh kita semua. Tidak ada makna jika buat lapan atau dua puluh, tetapi ruhnya hilang. Biarlah buat dengan tenang dan tertib. Imamnya membaca dengan keadaan tartil dan tenang.
Janganlah kita sebagai pejuang Islam sibuk hendak mencari imam yang cepat habis solat.
Tidak elok sangatlah kita jika kita bersikap sedemikian. Tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja, tidak seperti ibadah lain setiap hari dan sepanjang bulan. Siapa boleh jamin kita mampu bertemu lagi di bulan Ramadhan akan datang. Berapa ramai kenalan, ahli keluarga, jiran kita yang tidak diberi peluang oleh Allah untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.
Mungkin tahun depan kita juga tidak sempat bertemu Ramadhan. Oleh itu anggaplah Ramadhan ini terahir kepada kita. Azamlah terbaik untuk Ramadhan pada kali ini.

Bagaimana pula dengan al-Quran? Sudah berapa juzuk dihabiskan?. Mesti berazam supaya al-Quran dapat dikhatamkan. Amat memalukan kita sebagai ahli Pas terutama yang bertaraf pemimpin daripada pusat sehingga cawangan jika tidak mampu menghabiskan al-Quran sepanjang Ramadhan ini. Apa makna al-Quran menjadi rujukan parti, jika kita tidak membaca. Ketika masyarakat menolak kandungan al-Quran, jangan pula kita sebagai pejuang agama Allah tidak membaca al-Quran. Kerana membaca al-Quran adalah ibadah yang terbaik. Sebagaimana nabi SAW bermaksud “Sebaik-baik ibadah ialah membaca al-Quran”
Sesibuk mana sekalipun al-Quran tidak boleh disampingkan. Kita mampu habiskan al-Quran di dalam Ramadhan jika disiplinkan diri. Kebiasaan satu juzuk mempunyai 10 helai. Jika setiap waktu sebelum dan selepas solat sehelai insyaAllah, lima waktu dapat satu juzuk. Ertinya jika sebulan dapat khatam al-Quran.
Alhamdulillah kebanyakan masjid di kendalikan oleh orang yang minat dnegan Islam akan mengadakan tazkirah. Ini merupakan langkah yang bijak untuk proses pencerahan ilmu di dalam masyarakat. Kesempatan ini diambil dengan kehadiran mereka yang tidak berapa jinak dengan masjid. Selalunya akan hadir ke masjid untuk menunaikan solat tarawih. Cuma perlu ada kebijaksanaan untuk menghuraikan isi tazkirah yang membangkit kesedaran beragama dan rasa ingin kepada akhirat. Biarlah masanya jangan melebihi 30 minit, isinya tepat dan padat. Bagi ahli Pas jangan lepaskan peluang ini untuk mendapat motivasi dan maklumat yang membolehkan kita istiqamah di dalam perjuangan berlandaskan ilmu. Penuhilah dan renunglah butir-butir mutiara yang dikeluarkan oleh pentazkirah agar ia boleh menghidupkan hati supaya terus bersinar di dalam diri kita.
Ambillah peluang untuk sama-sama bangun dan bermunajat kepada Allah terutama di waktu dini hari (sahur) kerana ia adalah waktu yang mustajab Allah perkenankan permintaan hambanya. Perjuangan kita amat kritikal kehadapan. Musuh tidak akan biarkan kita meraih kemenagan dengan permaidani merah, mereka akan buat apa sahaja asalkan cita-cita mereka tercapai. Soal moral, dosa, pahala, syurga, neraka bukan perhitungan mereka. Mereka sudah buta hati dan hilang rasioanal. Apabila dunia sudah beraja di hati, maka agama diketepikan di dalam tindakan mereka. Maka Allahlah yang mesti dijadikan tempat pengaduan kita, dan penyerahan yang bulat kepadanya. Tidak ada kuasa yang akan dapat menandingi kuasa Allah. Firaun, Namrud, Haman megah dengan kuasa akhirnya tersungkur dengan kehendak Allah SWT.

Posted by Unknown On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers