Powered by Blogger.

Video Penduduk Bengang Menurunkanm Banner Muhyiddin


Peristiwa ini berlaku di Kg. Sg. Seputeh, Selama, Perak. Ianya berikutan, banner yang di naikkan di sekitar kampung tersebut kerana lawatan oleh Muhyiddin.

Rasa tidak puas hati penduduk kampung apabila anggota Majlis Daerah Selama mula menurunkan bendera politik disepanjang laluan Kg Sg Seputeh.

Pada awalnya hanya bendera PAS sahaja yang diturunkan, penyokong PAS akur dengan tindakan Majlis Daerah Selama (MDS).

Banner rasmi lawatan Muhyidin yang berada dipintu masuk program didesak supaya diturunkan oleh penyokong atas alasan terdapat logo parti pada banner tersebut (dacing dan keris).
Pihak MDS dan polis akhirnya akur dengan desakan daripada penyokong PAS dengan menurunkan banner tersebut. Penurunan banner tersebut disambut dengan laungan takbir.

Kenderaan MDS tiba dipintu gerbang PAS Kg. Sg. Seputeh yang jaraknya hanya 100 meter daripada lokasi program dan pihak MDS ingin merobohkan pintu gerbang tersebut, namun dibantah oleh penyokong PAS dengan alasan pintu gerbang Umno juga perlu dirobohkn kerana terdapat lambang dacing dan keris.

Pihak polis dan MDS terus bergerak ke pintu gerbang umno dan ketika itu OCPD Selama telah tiba.

Hasil perbincangan ringkas, satu perjanjian telah dibuat antara MDS dengan penyokong PAS bahawa pintu gerbang kedua-dua pihak tidak akan dirobohkan dan tiada lagi bendera-bendera politik dinaikkan.

Namun terdapat permainan kotor pihak umno yang telah menaikkan beberapa banner yang ada logo Umno dinaikkan semula.


Lihat video di sini.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers