Powered by Blogger.

Zambry beri amaran pada PAS dan PKR di Perak.

IPOH - PAS dan Ahli Parlimen Gopeng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Lee Boon Chye diminta menghentikan cubaan mempolitikan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman secara melampau.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau bimbang apa yang dilakukan Boon Chye membantah pembinaan sekolah tersebut boleh membawa kepada kesan buruk terutama kemungkinan tercetusnya ketegangan antara kaum.

Katanya, isu pendidikan tidak seharusnya diganggu kerana ia begitu sensitif bukan sahaja kepada orang Melayu, malah kaum Cina dan India.

"Oleh kerana isu ini dibawa oleh Boon Chye dan beberapa kelompok kaum Cina dan disokong oleh PAS, orang Melayu melihat perkara itu tidak elok.

"Saya paling bimbang isu ini akan mewujudkan suasana tidak harmoni. Tahu-tahulah sentimen orang Melayu apabila ia melibatkan agama. Jadi, hentikannya serta merta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, PAS dan PKR membantah pembinaan SAR Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini dengan alasan mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Kedua-dua parti itu bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak projek itu dihentikan dan bangunan yang dalam pembinaan dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut cuba mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.

Dr Zambry juga meminta semua penduduk kampung di kawasan itu supaya bertenang dan tidak terbawa-bawa dengan sentimen yang dicetuskan pembangkang bagi mengelak perkara yang tidak baik berlaku.

"Semasa saya pergi berbasikal di sana dua minggu lepas, saya boleh tengok sentimen rakyat di situ. Itu baharu masuk satu kampung Melayu di Pengkalan Pegoh. Saya pergi untuk tenangkan keadaan.

"Ia sangat merbahaya. Jangan bermain dengan isu sebegini. Saya meminta semua orang bertenang. Situasi di bawah tidak baik. Saya boleh beritahu kamu itu," katanya.

Sementara itu, Exco Kanan Hamidah Osman yang juga merupakan ADUN Sungai Rapat memberitahu, pergaduhan antara kaum mungkin tercetus sekiranya beliau tidak meminta Boon Chye dan Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon meninggalkan majlis dialog di Pengkalan Pegoh di sini pada Sabtu lalu.

"Semasa saya buat dialog dengan penduduk kampung Sabtu lalu, mereka (pembangkang) datang beramai. Jika tidak dikawal, mungkin boleh jadi insiden pertelingkahan kaum kerana saya tengok orang-orang yang datang muka sudah geram dengan orang Melayu dan orang Cina di sebelah di situ pula.

"Jadi, saya buat keputusan minta Boon Chye dan Radzi tinggalkan majlis itu. Kalau saya teruskan dialog dengan kehadiran mereka di situ, saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Saya juga hubungi polis dan lebih daripada 10 orang polis datang," katanya.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers