suhakam memo shaani sha'ani 170412Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengatur  pertemuan dengan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyiasat dakwaan berlakunya penyeksaan ala Guantanamo.

Ketika dihubungi semalam selepas mesyuarat suruhanjaya itu, di
mana isu tersebut telah dibincangkan, Pesuruhjayanya, Muhammad Sha'ani Abdullah (kiri) berkata Suhakam menjangka berbuat demikian dalam tempoh dua minggu lagi.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat untuk mendapatkan bukti dan keterangan untuk tindakan susulan.
"Dakwaan ini bukan sahaja berkaitan dengan tahanan sekarang tetapi juga tahanan yang lalu... ada juga yang menulis buku mengenai tempoh tahanan awal (apabila penyeksaan itu didakwa berlaku), "katanya.

Suhakam juga akan meneliti rekod perubatan tahanan untuk mencari bukti dan saksi.

"Kita perlu mengenal pasti jika terdapat mana-mana doktor yang terlibat untuk menyokong (dakwaan tersebut)," katanya.

Beliau berkata Suhakam mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sepina dan berharap dapat mengesan doktor yang mungkin boleh memberi bukti, walaupun mereka telah meninggalkan perkhidmatan kerajaan.

[Baca berita penuh]