Powered by Blogger.

Selangor Jenayah Meningkat: Kementerian tarik balik

NONEKementerian Dalam Negeri hari ini menarik balik jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP- Petaling Jaya Utara) berhubung kadar jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip.

Pua (bawah) semalam mengadakan sidang media menyatakan perasaan tidak puas hati akibat peningkatan kadar jenayah, berdasarkan jawapan yang diterimanya semalam.

Beliau berkata, data kadar jenayah yang dibekalkan tidak mencukupi dan berlaku peningkatan walaupun pencegahan jenayah dijadikan salah satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bawah Program Tansformasi Kerajaan (GTP) walaupun wujud banyak kawasan kediaman berpagar.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pembetulan kenyataannya semalam sudah dihantar ke Parlimen, yang menunjukkan kejatuhan indeks jenayah di Selangor dan seluruh negara.

"Justeru jawapan yang berdasarkan kepada data terdahulu seperti mana yang diteri oleh YB Petaling Jaya Utara sebelum ini adalah terbatal dan tidak terpakai.

"Ia juga tiada kaitan dengan dakwaan YB Petaling Jaya Utara yang menuduh kegagalan Program Tranformasi Kerajaan," katanya sambil memberitahu surat pembetulan dihantar pada 18 Jun.

Data baru menunjukkan penurunan 19.4 peratus kadar jenayah di Selangor sejak 2009 dan 24.7 peratus di seluruh negara. GTP diumumkan pada Januari 2010.

Indeks jenayah di Selangor pada 2006 sebanyak 51,393 kes; tahun 2007 sebanyak 58,592; tahun 2008 sebanyak 57,752; tahun 2008 sebanyak 54,994; tahun 2010 sebanyak 49,469 dan 2011 sebanyak 44,302 kes.

Di peringkat nasional, katanya, indeks menunjukkan kes pada 2006 sebanyak 196,780 kes; tahun 2007 sebanyak 209,582; tahun 2008 sebanyak 211,645; tahun 2009 sebanyak 209,817; tahun 2010 sebanyak 177,520 dan tahun 2011 sebanyak 157,891 kes.

[Baca berita penuh]

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers