Powered by Blogger.

pembangkang hanya tahu berjanji bagi meraih undi



KANGAR - Rakyat perlu menolak janji manis pembangkang yang hanya hadir ketika menjelang pilihan raya, tatkala kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pelbagai program berkepentingan rakyat.


Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata pembangkang hanya tahu berjanji bagi meraih undi sedangkan kerajaan BN berusaha memastikan rakyat menikmati pelbagai kemudahan.

Selama ini rakyat menerima pelbagai kemudahan termasuk bantuan daripada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup, katanya ketika berucap merasmikan program 'Gema Karisma 1Azam', bagi kawasan Parlimen Kangar, di sini, Ahad.

Pada majlis itu, 34 usahawan kecil wanita menerima bantuan berjumlah RM170,000 di bawah program "Teman 1AZAM" bagi meningkatkan kegiatan perniagaan. Turut menerima bantuan hari ini ialah 25 mangsa ribut di kawasan parlimen tersebut berjumlah RM10,550.

Sementara itu, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Bahari Taib, 64, diumum sebagai Tokoh Sukarelawan Kebajikan atas sumbangan besar beliau dalam kegiatan kebajikan di negeri ini. BERNAMA 

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers