Powered by Blogger.

Negara Dilanda jerebu adalah salah kerajaan?

KUALA LUMPUR - KEADILAN mendesak kerajaan menyatakan langkah bagi menangani masalah jerebu yang sering melanda negara ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, walaupun Malaysia telah menandatangani perjanjian Asean mengenai jerebu merentasi sempadan sejak 2002, masalah itu tetap berulang seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

“Kerajaan selalu memberi alasan ia berpunca daripada negara jiran dan sementara sahaja. Kerajaan selalu katakan tak boleh buat apa-apa.

“Rakyat tidak mahu mendengar lagi alasan ini. Apa yang rakyat nak dengar ialah bagaimana kerajaan menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika perbahasan pindaan Undang-undang Alam Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2012) di Dewan Rakyat hari ini.

Isu jerebu mencuri perhatian ahli dewan ekoran kemerosotan kualiti udara di Lembah Klang ketika ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan tidak sihat antaranya Pelabuhan Klang (113), Shah Alam (125), Petaling Jaya (110), Kuala Selangor (113) di Selangor serta Cheras (106) dan Batu Muda (108) di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa mengenai masalah jerebu kerana ia berpunca daripada beberapa titik panas di kepulauan tersebut.

Beliau berkata, kebakaran hutan di Sumatera berlaku disebabkan bencana alam berpunca daripada pemanasan global.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi bangun membidas mengatakan kebanyakan kebakaran hutan di sana dilakukan oleh syarikat perladangan daripada negara tersebut dan juga Malaysia.

Kenyataan itu disokong Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan beliau mencadangkan tindakan tegas termasuk menghentikan operasi syarikat dan penjara.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers