Powered by Blogger.

Rafidah: Puas hati dapat balas dendam

Sweet is revenge - especially to women madah pujangga British Lord Byron. Maksudnya puas hati kalau dapat membalas dendam terutama dalam kalangan wanita. Saya suka tambah dendam sebenarnya tiada kenal jantina - keinginan membalas dendam wujud dalam hati majoriti manusia. Ramai politikus parti pemerintah dan pembangkang saya tahu amat dahagakan dendam!


Dendam juga bermakna perasaan cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap seseorang: Si Awang Mat rupanya ada menaruh dendam kepada Si Minah Hitam Manis itu. Dendam berahi - perasaan cinta yang berkobar dalam jiwa; dendam kesumat iaitu dendam dan benci yang sangat mendalam.

Tiap kali pemilihan parti, tiap kali pilihan raya umum malah pilihan raya kecil pun dendam-mendendam dan cah keting berlaku. pabila lawan, musuh, mereka yang dibenci bermasalah - jatuh, turun pangkat, kena tangkap (apa sebab pun) tidak berpeluang naik lagi dalam politik, bisnes dan bidang lain; tidak dapat jadi calon atau menteri ramailah, beberapa secara terus-terang dan berani menunjukkan keseronokan mereka. Kegembiraan mereka jelas.

Ada pun yang mengadakan kenduri. Padan muka - walaupun tidak keluar daripada mulut mereka, lihat gaya dan body language mereka. Selepas sekian lama tiada bersuara, Rafidah Aziz berbunyi... Pom pang pom pang apakala pengganti yang mengalahnya sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil menghadapi krisis peribadi dan politik angkara Feedlot yang dipimpin oleh suami Shahrizat dan anak-anak mereka.

Mutakhir Rafidah berkata dia agak risau (concern) tentang kesediaan dan persiapan wanita BN dan Umno menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang amat getir itu yang mungkin berlaku bila-bila masa. Tegasnya, “Wanita Umno janganlah nanti PRU13 untuk turun padang.

Sekarang juga pergilah terangkan isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dikuasai oleh keluarga Shahrizat. Shahrizat kini hidup in denial. Shahrizat harus sedar sama ada dia membebankan parti atau tidak” (Malaysian Reserve Mac 29). Peluang untuk Rafidah bercakap datang bergolek apabila isu Feedlot timbul bak kata Nonspeaking, bagai orang mengantuk disorong bantal. Dua wartawan Malaysiakini - satu wanita satu lelaki - interview saya Khamis lepas tentang Shahrizat dan politik semasa.

Saya beritahu mereka Shahrizat seorang menteri yang cekap, saya mengenalinya dan suka padanya. Tetapi kalaulah saya Shahrizat bagi kebaikan parti dan masa depan apa pun pertimbangan lebih baik dia meletak juga jawatan Ketua Wanita dan berkhidmat dalam keadaan sekarang lebih berkesan di belakang tabir.

Kalau Shahrizat berhenti Ketua Wanita Umno pun tidak akan ada pemberontakan dalam kalangan Wanita kerana mereka sebahagian yang paling taat setia kepada parti, perjuangan parti, dan tidak pernah pada individu. Itulah resam wanita, itulah tradisi Wanita Umno sejak
cawangan Wanita ditubuhkan.

Apabila Tunku Abdul Rahman Putra pecat Khatijah Sidek sebagai Ketua Wanita Umno (dulu namanya Ketua Kaum Ibu Umno) pada 1955, Umno menang pilihan raya pada tahun itu dengan cemerlang. Tempat Khatijah diambil alih oleh Fatimah Hashim (kemudian Tun dan menteri wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia). Fatimah memimpin Wanita Umno hingga dia kalah pada Aishah Ghani awal 1970-an.

Wanita Umno tiada tradisi cah keting. Mereka sebaik-baik ahli Umno - jauh lebih baik daripada Pemuda dan Umno lelaki. Itulah pengalaman saya sebagai Setiausaha Politik Tun Razak, kemudian Penasihat dan Timbalan Menteri kepada Tun Razak dari 1962 hingga ke akhir hayat Perdana Menteri 14 Januari 1976. Mengikut gosip, keluarga Shahrizat memang mahu Shahrizat melepaskan kedua-dua jawatan.

Itulah harus berlaku dan wajar tapi sayangnya tidak terlaksana. Benar atau tidak gosip itu saya tidak tahu. Apa pun Shahrizat hanya letak jawatan sebagai menteri sahaja - itu pun lambat.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers