Powered by Blogger.

PRU13: Falsafah Cina dan peluang terakhir

PADA pilihan raya-pilihan raya lalu, pengundi Cina selalunya memberi sokongan kepada Kerajaan BN terutamanya pada tahun 1999 dan 2004. Ini adalah disebabkan oleh salahsangka terhadap PAS yang telah digambarkan sebagai parti fanatik dan ekstremis oleh propaganda BN.


Selain itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah ditonjolkan dengan imej ‘Mr. Clean’ dalam tahun 2003 dan 2004 oleh media arus perdana apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Dalam kedua-dua pilihan raya 1999 (ketika itu PM adalah Mahathir Mohamad) dan 2004 ini, media arus perdana telah memainkan peranan yang utama dalam usaha BN untuk meraih sokongan pengundi Cina dalam zaman media internet belum lagi bertapak kukuh di Malaysia.
Namun demikian, senario politik negara telah berubah pada masa pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 di mana sokongan Cina telah beralih kepada pihak pembangkang.
Ini adalah kerana dalam zaman internet ini pengundi Cina dapat membaca media alternatif dan dapat melihat dengan jelasnya bahawa peluang yang telah diberikan kepada BN pada 2004 adalah sia-sia sahaja.
Pentadbiran yang lebih telus yang diharapkan oleh orang Cina tidak berjaya direalisasikan dengan timbulnya skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang telah menelan belanja sebanyak RM12.5 bilion. Orang Cina berpendapat bahawa isu PKFZ telah tenggelamkan imej BN.
Belum sempat pulih imej BN, timbul pula kes mendiang Teoh Beng Hock yang telah dijumpai mati di pekarangan premis bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Tingkat 5, Plaza Masalam pada 16hb Julai 2009. (Mendiang Teoh ialah setiausaha politik Ean Yong Hian Wah, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan daripada DAP.)
Kematian Teoh merupakan satu pencetus perubahan kepada minda pengundi Cina yang bertekad untuk merujuk kembali kepada satu daripada tonggak falsafah Cina purba iaitu: ‘Orang tua ingin menyaksikan perubahan dan orang muda ingin mengorak langkah untuk melaksanakan perubahan’.
Dengan tonggak falsafah Cina ini, maka peluang yang diberikan kepada BN dalam pilihan raya tahun 2004 adalah peluang terakhir yang telah diberikan kepada BN oleh pengundi Cina.
Sekarang orang Cina yang mengundi BN hanyalah terdiri daripada guru, tentera, polis, kroni, penjawat awam, ahli MCA, penyokong tegar MCA dan persatuan-persatuan Cina yang ada kepentingan dengan BN. Orang Cina yang bukan daripada golongan yang disebut di atas boleh dikatakan semuanyanya akan mengundi Pakatan Rakyat. Bagi kebanyakan pengundi Cina, masa untuk perubahan telah tiba sebab BN telah menjadi kerajaan lebih setengah abad dan ini bermaka bahawa kitaran riwayatnya telah tamat tempoh masanya.
Mungkinkah pengundi Melayu merujuk kepada Allahyarham Baharuddin Ahmad (yang telah meninggal dunia ketika demonstrasi Bersih pada 9 Julai 2011) sebagai ikon pencetus perubahan?
Ada takwim, ada sejarah,
Jom ubah sebelum parah
.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers