Powered by Blogger.

Perlukah Orang Melayu Sertai DAP?

Apabila Pas menubuhkan Dewan Himpunan yang disertai oleh bukan Melayu, orang Melayu khasnya dalam Pas merasa bangga. Penyertaan bukan Melayu itu menaikkan 'jiga' Pas. Orang Pas merasakan parti mereka mendapat sokongan bukan Melayu dan itu satu perubahan dan kemajuan.


Hebatlah Pas sebagai sebuah parti politik yang mempunyai roh Islam tetapi disokong oleh bukan Islam. Matlamat dakwah berjaya diimplimenkan.

Ada sebab jelas kenapa mereka - bukan Islam dan Melayu sokong Pas. Dalam hal ini soal kemanusiaan; kejujuran, keadilan dan kesaksamaan yang diamalkan Pas menjadi daya tarikan. Bukan Islam seronok dan merasa senang dengan pendekatan dipraktikan Pas berhubung dengan humanis.

Memanglah sesiapa atau apa-apa organisasi yang berdiri atas prinisp agama tidak kira agama di langit atau dibumi ia bertujuan baik. Membawa manusia ke jalan kebaikan fitrah yang diidamkan semua.

Soal apakah agam itu dapat mengembalikan manusia kepada hakikat kejadiannya kepada pencipta-Nya, Rabul Jalil itu soal lain. Namun prinsip atau fiil yang dikehendak naluri manusia sudah tercapai. Manakala bagi pihak Pas pula ia berjaya mencapai matlamatnya mendekatkan mereka yang sebelum ini dilihat jauh dan tidak terpancar dengan nur hidayah agama (parti) mereka kini berjaya mendekatkan bukan Melayu Islam ke pangkuan mereka. Ini sesuatu yang membanggakan.

Kerana Pas membawa prinsip dan matlamat itu maka wajar kalau bukan Melayu dan Islam menyertai Pas. Apa lagi Pas berjaya menunjukkan akan keadilan sejagat itu. Di Kelantan selama 22 tahun Tok Guru membawa acuan itu. Keperibadian, aklhlak yang ditunjukkan olehnya sebagai pemimpin telah memancing hati mereka.

Keberanian Nik Aziz memecah mental blok yang menjadi penghalang untuk bukan Islam bersama Pas kini adalah satu kejayaan besar. Beberapa perkara yang menjadi kepercayaan bukan Islam di Kelantan sejak Nik Aziz memimpin negeri itu. Prinsip Nik Aziz dalam perjuangannya menegakkan agama tanpa meletakkan soal bangsa di hadapan adalah satu sebab.

Dasar atau prinsip Nik Aziz itu adalah dasar sejagat yang tidak memisahkan manusia dengan warna kulit. Kejayaan Nik Aziz menyatukan manusia atas dasar agama ini, inilah menjadi daya tarikan bukan Islam. Nik Aziz telah menjadikan Islam sebagai wadah unity.

Tidak melampau kalau dikatakan sinar Islam di zaman mutakhir nini terpancar dari Timur di tangan Nik Aziz. Ini adalah persamaan pula dengan sebuah hadith daif (politik) mengatakan Islam di akhir zaman akan bangkit dari Timur. Hadis ini mungkin memberi gambaran Barat (negara-negara) Barat akan menyesatkan ummah.

Kelantan dari sudut geografi Malaysia berada di Timur. Justeru ada kebenarannya hadith berkenaan dibiyanahkan oleh Nik Aziz.

Tetapi apakah pula musibahnya apabila orang Melayu yang 99% beragama Islam memilih DAP. Apakah mereka dapat merasaikan bahawa DAP memenuhui kehendak naluri manusia mereka dan bertepatan dengan ajaran yang dituntut? Mungkin mereka Melayu memilih DAP kerana terpesona dengan integriti parti berkenaan dan juga kehambaan para pemimpinnya. Pendekatan atau falsafah Islam digunakan oleh Lim Guan Eng dalam mengurus Pulau Pinang mungkin menjadi daya tarikan.

Tetapi yang saya tidak faham, apakah akhlak Guan Eng atau DAP itu sejajar dengan ajaran agama (Islam)? Kita perlu mengetahui perbuatan yang baik itu akan terbatal kalau tanpa niat. Dalam Islam aktiviti kehidupannya tidak berakhir di dunia sahaja, ia ada satu lagi alam. Alam akhirat yang akan menilai dan menghitung segala perbuatan kita di dunia ini.

Apakah DAP ada memberi tarbiah dan jawaban-jawaban untuk dijawab di akhirat? Rasanya tidak. Orang DAP (bukan Islam) pun makan tanpa Bismililah.

Bagaimana sekiranya mereka Melayu yang menyertai DAP hanya semata-mata teruja kepada politik dan bukan mencecah kepada hakikat kehidupan tidak mengapa. Tetapi bukankah perbuatan itu sia-sia kerana DAP hanya menunjukan dunia sahaja?

Saya timbulkan ini kerana akhir-akhir ini ada kecenderongan orang Melayu menyertai DAP. Apakah tujuan mereka berbuat begitu. Apakah untuk mengimbangkan kuasa politik dalam DAP? Kalau itulah tujuannya saya rasa ia tidak memberi hasil dan natijah yang baik. Orang tidak boleh mengharapkan apa yang menjadi idaman mereka untuk bangsa dan agama menerusi DAP.

Tetapi kalau penyertaan itu untuk memberi sedikit kosmetik kepada DAP agar ia tidak dilihat keCinaan dalam usaha untuk menumbangkan UBN mungkin tidak menjadi masalah. Kalau begitu penyertaan Melayu itu satu maslahat. Mungkin dalam politik demokrasi yang menerima konsep Machiavelli boleh dimaafkan.

Bagaimana pun adalah lebih baik kalau Melayu yang tidak berparti atau yang kecewa dengan Umno memilih Pas atau PKR. Setidak-tidaknya perjuangan Pas khususnya mendekatkan mereka dengan apa yang seharusnya mereka miliki sebagai hamba Allah yang beragama Islam.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers