Powered by Blogger.

Ustaz Ng Layak Ganti Hassan Ali Jadi Exco Agama Islam Negeri Selangor

SHAH ALAM, 13 Julai – Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN DAP kawasan Sekinchan, Ng Swee Lim yang kini di”anugerahkan” gelaran “Ustaz” oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, kejayaan `Ustaz Ng’ yang mengungguli debat hadis semalam di DUN adalah amat mengujakan rakyat khususnya rakyat Selangor.
“Walaupun tanpa matan atau nas sah, nampaknya Speaker Dap DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim terlalu bodoh sehingga tergeliru dengan gelecek `Ustaz Ng’ yang menggunakan kaedah hentam keromo dalam penghujahan di sidang DUN walapun ia berkaitan dengan sensitiviti  agama Islam.
“Hasilnya, Ketua Pembangkang Selangor yang juga ADUN Seri Serdang, Datuk Satim Diman pula yang “dikenakan kad merah” dan ditunjukkan pintu keluar oleh Speaker yang menggunakan budi bicara yang bengkang bengkok dalam memberikan markah kepada Ustaz Ng yang beroleh “distinction” dalam ilmu hadis dalam DUN Selangor semalam,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas karenah DUN Selangor yang mempersendakan Islam dalam sidang DUN Selangor semalam.
Tambahnya, kemaluan yang amat besar wajar diberikan kepada Exco Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Hassan Ali yang terkelu lidah dengan hujahan hadis yang dilontarkan oleh Ustaz Ng.
Namun begitu tegas beliau semua orang tahu Ustaz Ng sudah menuntut dengan ADUN Meru Rani Osman yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru, yang sebenarnya tidak sabar-sabar mahu mengambil tempat Hassan Ali sebagai Exco.
“Kini Ustaz Ng mengikuti rapat jejak Ustaz Ngeh, ADUN Perak yang beroleh pangkat “Ustaz” kerana kehebatan membahas ayat Al Quran di Markas Tarbiyyah Pas, Gombak, beberapa tahun yang lalu. Ustaz Ng pula kini layak dipertimbangkan sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang baru oleh MB Selangor, Tan Sri  Khalid Ibrahim menggantikan Datuk Hassan Ali yang kini semakin tidak berfungsi.
“Selamatkah Selangor dengan Ustaz Ng yang bakal terus `melacurkan’ hadis dan Al Quran untuk kepentingan politik Dap di Negeri Selangor? Masa telah menentukan betapa kesucian dan ketertinggian Islam semakin dipesongkan, dirobekkan dan dibontotkan oleh Pas dalan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor,” ujarnya yang juga mantan Ketua Pemuda Keadilan Negeri Selangor. -MediaUMNO

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers