Powered by Blogger.

TERKINI!! Bukti Terbaru Barisan Najis Bakal Kalah Dalam Pilihanraya Umum


Umpama sudah merasai bahang kekalahan pilihanraya umum akan datang, sudah ada suara-suara yang menentang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyimpan rekod harta menteri dan timbalan menteri.

Nampaknya Barisan Najis sudah menganggap agensi kerajaan umpama "musuh" yang perlu "dihapuskan" demi mengelakkan masing-masing ke Sungai Buloh dan puluhan penjara awam serata Malaysia!

Jika di Hong Kong, kesemua menteri dan timbalan menteri diwajibkan menyerahkan rekod harta kepada ICAC (Independent Comission Against Corruption) setiap tahun tanpa gagal bagi mengelakkan salah guna kuasa dan rasuah hinggakan negara bekas tanah jajahan Britain itu kekal antara 10 negara paling bersih di dunia!

Jika beginilah kenyataan seorang timbalan menteri kabinet Najib Altantuya, jangankan kata 10 tahun, 50 tahun pun rasanya gejala rasuah terus berleluasa tanpa sekatan malah digalakkan demi mempertahankan kuasa tanpa sedikit pun merasa berdosa kepada Tuhan!

Tak wajar SPRM simpan rekod harta menteri/timbalan menteri

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew berkata tidak wajar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyimpan rekod harta menteri dan timbalan menteri.

Beliau berkata, peranan utama SPRM ialah menerima dan menyiasat aduan mengenai rasuah.

"Bukan bagi ketua SPRM menyimpan rekod menteri dan timbalan menteri.

"Bagi saya kami telahpun diminta dari awal lagi (semasa dilantik menteri dan timbalan menteri) mengemukakan rekod aset kami (sebagaimana telah dilakukkan)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Liew, yang juga presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), diminta mengulas kenyataan pengerusi panel penasihat SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh baru-baru ini bahawa "SPRM akan mendapatkan salinan perisytiharan harta menteri-menteri kabinet dan pasangan mereka serta anggota lain keluarga yang dikemukakan kepada Perdana Menteri".

"Kami mencadangkan supaya salinan perisytiharan harta semua anggota pentadbiran pusat diberikan kepada suruhanjaya," kata Zaitun.

- Tiewnama

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers