Powered by Blogger.

siakah yang di panggil mukallaf?


Siapakah dia mukallaf yang dituntut memeluk agama Islam
dan beramal dengan syari'atnya ?

Mukallaf ialah orang yang baligh lagi berakal yang telah sampai dakwah Islam kepadanya. Seseorang lelaki itu dikira baligh jika berlaku ke atasnya salah satu daripada dua perkara :

i. Keluar mani.
ii. Cukup umur lima belas tahun mengikut hitungan bulan Islam.

Bagi perempuan pula jika terjadi ke atasnya salah satu daripada tiga perkara iaitu :

i. Keluar mani.
ii. Keluar darah haid
iii. Cukup umur lima belas tahun mengikut bulan Islam.

Bagi mereka yang mati sebelum baligh tidak dikira sebagai mukallaf. Begitu juga orang yang gila sebelum baligh dan berterusan dalam keadaan tersebut (gila) sehingga mati. Manakala orang yang baligh tetapi tidak sampai kepadanya Usul Dakwah Islam (berita tentang penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah) juga tidak dikira sebagai mukallaf.

Firman Allah ta’ala:

" وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِيْنَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً "


Maksudnya : “ Tidaklah kami (Allah) mengazab melainkan selepas utuskan rasul ” (Surah al-Isra’ : Ayat 15 ).
Dan Rasulullah bersabda:
" رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثٍ عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظََََ وَعَنِِ ِالصَّبِِيِّ حَتىَّ يَحْتَلِمَ وَعَنِ الْمَجْنُون ِحَتىَّ يَعْقِلَ "

Maksudnya: “ Tiga golongan diangkat qalam (tidak dikira sebagai mukallaf) bagi mereka yang tidur sehinggalah terjaga dari tidurnya, bagi kanak-kanak sehinggalah baligh dan orang yang gila sehinggalah dia berakal ”.( Diriwayatkan oleh Imam Ahmad.)

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers