Powered by Blogger.

Sebab Inikah Dr. Hassan Ali Makin Secocok Dengan Umno?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mendakwa wujud amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas anggota Exco Negeri Datuk Dr Hasan Ali dalam pemberian kontrak membabitkan projek prasarana di negeri ini. Katanya, amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. “Saya menerima laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat. 

“Saya akan adakan temuduga kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk mengetahui bagaimana mereka dapat kontrak tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata kos pengubahsuaian pejabat Hasan semasa menjadi exco negeri yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit adalah mengikut tatacara kewangan ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan isu pengubahsuaian pejabat tersebut sebab “tidak mahu mengambil masa menjelaskan perkara itu”.

Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan telah membazir wang kerajaan negeri ketika menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers