Powered by Blogger.

Penari Tiang: patutkah hanya didenda RM25?

Pemuda PAS terkejut dan kesal dengan keputusan tiga wanita yang bersalah berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang hanya didenda RM25 sahaja sedangkan imam yang dituduh menghina mahkamah di penjara setahun.

Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor secara menyindir menyifatkan hukuman itu sebagai "definisi keadilan Islam sebenar" menurut perspektif penguasa hari ini.

"Pemuda PAS merasa terkejut dengan hukuman ini kerana berpendapat kesalahan yang mereka lakukan amat serius dan berat.

"Perbuatan yang mereka lakukan merupakan suatu dosa besar di sisi Islam kerana membuka aurat dan mendorong perbuatan zina kepada pengunjung yang hadir," katanya.

NONEMedia melaporkan Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM25 kepada Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, selepas mereka mengaku bersalah kerana berkelakuan demikian di pusat hiburan di Nilai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Dakwa Riduan, hukuman tersebut "hanya menjadi bahan ketawa dan perlecehan masyarakat" terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Sehubungan itu, dakwanya, kes tersebut membuktikan kerajaan BN tidak mampu membendung perbuatan maksiat di kalangan masyarakat, malah didakwa memandang ringan perbuatan tersebut.

"Apalah pembelaan yang boleh diharapkan dari sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam di negara ini jika agama Islam terus diperlekehkan," katanya.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers