Powered by Blogger.

Nallakaruppan Ejen Mahathir Jatuhkan Anwar!


Nallakaruppan a/l Solaimalai, atau lebih dikenali dengan Datuk Nalla, adalah satu nama yang tak asing lagi bagi sesiapa yang rajin mencari maklumat di lebai Google atas kes fitnah Liwat 1 hingga Anwar Ibrahim dipecat sebgai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.

Tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya Nalla adalah ejen kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang bermuka-muka di depan Anwar tetapi di belakang menjadi alat untuk memantau setiap gerakan Anwar dari 1995 hingga 1998.

Tuduhan bahawa Nalla yang juga bekas bos syarikat perjudian terkenal, Magnum Corporation, menyimpan peluru hingga ditahan polis (gambar atas) sebenarnya hanyalah langkah untuk menutup penyamaran (under cover) Nalla dari dikesan Anwar selepas dipecat.

Namun, Anwar mengetahui pergerakan Nalla mula menjauhkan diri sejak awal 1997 kerana mendapat maklumat Nalla pernah berjumpa Mahathir secara senyap-senyap hingga terbongkar gambar mereka bersama dengan seorang lagi bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam pada tahun yang sama.

Apa tujuannya Nalla berjumpa dengan kedua-dua musuh politik Anwar tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi menurut sumber, Mahathir mahu Anwar disingkirkan dengan apa cara sekalipun.

Untuk mendakwa Anwar terbabit dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa amat mustahil, dan dengan idea Nalla supaya mensabitkan Anwar terhadap tuduhan liwat merupakan jalan terbaik.

Perempuan Eurasian, China dan entah mana lagi cuma untuk menyokong tuduhan yang tidak pernah dibuktikan sehingga ke hari ini, kesemuanya cerita dongeng Nalla yang kununnya sanggup menjadi pemandu membawa mereka ke Tivoli Villa, Bangsar pada Ogos 1997.

Jika Nalla ada menyimpan gambar kununnya Anwar mengadakan hubungan dengan pelacur, sudah tentu ia telah lama disiarkan.

Tetapi sampai sekarang tuduhan cuma tuduhan semata-mata dan tiada bukti mengaitkan Anwar dengan kegiatan tersebut.

Dan tidak mustahil sekali lagi "khidmat" Nalla diperlukan Mahathir untuk menjatuhkan Anwar sehingga ke Parlimen kerana salah satu sebab Nalla dilantik Senator sama seperti Shahrizat Jalil adalah untuk memperolehi akses terhadap maklumat rahsia selain daripada perancangan konspirasi jahat untuk memburukkan Anwar buat kali ketiga.

Najib Altantuya kini terdesak untuk mempertahankan Putrajaya dan Mahathir juga terdesak, terdesak untuk melindungi warlords Umno-APCO, taikun yang berselirat di sekelilingnya yang menghisap darah rakyat hingga puluhan bilion jumlahnya.

Jatuh Putrajaya bermakna hancurlah segala perniagaan kroni dan kesemua pemimpin Umno-APCO termasuk Mahathir tidak akan terlepas dari sebarang pendakwaan selama menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Misi Nalla, hapuskan Anwar dengan strategi jahat Mahathir dan Najib Altantuya cuma memerhati apakah skrip yang disediakan akan berjalan lancar!

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers