Powered by Blogger.

Lawan Umno Seperti Lawan Orang Gila! ????

Berlawan dengan kegilaan politik umno seperti berlawan dengan orang gila, walaupun kita tak hirau dia,  dia tetap pukul kita, bila dia pukul kita, kita tak boleh nak saman sebab dia ada lesen besar dari hospital gila, kalau kita pukul dia balik, kita pulak jadi bodoh!

Banyak tindakan gila pemimpin Umno yang kegilaan mereka boleh diubati bila kuasa sudah tiada lagi di tangan.

Pemimpin-peminpin Umno Terengganu adalah yang paling ketat menyaring dan menapis pegawai-pegawi kerajaan, bila nak lantik pegawai-pegawai tadbir,  mesti orang Umno. Anak-anak Terengganu yang belajar tinggi, cerdik pandai, ramai yang terpaksa berhijrah ke negeri lain lantaran kesempitan peluang disebabkan diskriminasi ketat politik pemimpin Umno walaupun mereka sebenarnya bukanlah penyokong pembangkang.

Ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan pusat di Kuala Lumpur adalah anak Terengganu yang kita tak tahu mereka adalah anak Terengganu. Sayangnya bila kepakaran mereka tak dapat dimanfaatkan untuk membangunkan negeri sendiri.

Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang sangat banyak dicurahkan dengan limpahan wang sehingga bajetnya mencecah RM 2b setahun, tapi di mana kita dengan begitu banyak jumlah wang yang dihabiskan setiap tahun?

Sebagai bandingan,   Austria, bukanlah sebuah Negara kaya di Eropah tapi di sana setiap kampung ada klinik kesihatan, setiap kampung ada bank,  ada pejabat pos, setiap kampung ada sekolah, setiap kampung ada balai polis. 

Infrasturktur negeri kita? Tentunya masih sangat menyedihkan! Bukit Besi contohnya, setelah kekayaan hasil bumi dikaut pergi, apa yang tinggal untuk masyarakat sekitar Bukit Besi? Masih bertaraf sebuah pekan kecil sahaja!  Kalau kita bandingkan bagaimana hasil minyak telah berjaya membangunkan Miri, Sarawak dari sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah bandar besar.  Dalam kes Bukit Besi, mungkin tepat perumpamaan, kekayaan dikaut pergi, rakyat tempatan sekadar menghidu bau asap.

Tindakan Umno tidak yang menghormati konsep federalisme adalah satu lagi perlakuan gila yang tak bertamaddun. Semata-mata kerana Terengganu pernah diperintah oleh pembangkang dan dilihat antara negeri yang berpotensi untuk jatuh semula ke tangan pembangkang, banyak peluang dan ruang telah dinafikan.

Hasilnya banyak kelebihan sumber asli dan alam semulajadi tidak dibangunkan sebaiknya. Terengganu adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang setiap daerahnya mempunyai sungai dan kuala. Kajian yang dibuat pada tahun 60 an lagi membuktikan kedalaman laut Kuala Kemaman, sangat sesuai untuk pelabuhan bagi aktiviti perdagangan dengan terutamanya Negara-negara  seperti Hong Kong, Jepun dan China di sebelah timur, tetapi pelabuhan besar cuma dibina di pantai barat.  Negeri kita ada bukit batu kapur yang sesuai untuk di bina kilang simen, tapi nak buka  kilang simen perlu lesen kerajaan pusat. Di tempat lain seperti Langkawi dan Perak ada kilang simen, tapi tidak di Terengganu. Ada kawasan bukit dengan pasir silicon di samping anugarah kekayaan minyak yang telah dirompak.

Perlakuan Umno yang tidak menghormati bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terutamanya apabila ada negeri yang jatuh ke tangan pembangkang adalah manifestasi satu lagi tindakan gila kuasa pemimpin Umno yang tidak dapat menerima hakikat bahawa orang lain juga mampu memerintah dan mentadbir.
Campurtangan dalam urusan pentadbiran, sekatan peruntukan, rompakan hasil negeri, diskriminasi dan pelbagai lagi adalah antara pengalaman wajib yang dilalui apabila bergelar pemimpin pembangkang yang mentadbir negeri-negeri dengan kuasa di Putrajaya masih di tangan Umno!

Bahaya! kalau orang gila terus dibiarkan menggila. Ayuh! Kita hentikan kegilaan ini dari terus menakutkan rakyat.

*** Ulasan diatas adalah tulisan Dr Azman Irahim Beliau adalah Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu dan juga AJK Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat. Tulisan beliau boleh diakses dari http://www.drazmanibrahim.com/

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers