Powered by Blogger.

Kerajaan DAP Sanggup Ketepikan Hak Rakyat Untuk Kejar Untung

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Atas nama pembangunan, kerajaan Pulau Pinang sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengenepikan hak orang ramai terhadap kawasan yang ingin dibangunkan.
Jika dilhat dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang itu jelas menunjukkan merek lebih mengutamakan keuntungan tanpa memikirkan keperluan serta hak rakyatnya.
Pensyarah dan Penganalisa Politik, Prof Dr Hamidin menyifatkan apa yang berlaku di Pulau Pinang itu lebih kepada perang politik untuk menunjukkan bahawa mereka mampu melakukan lebih baik daripada kerajaan sebelumnya membabitkan isu pembangunan dan pendapatan negeri.
“Seperti yang kita tahu, Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) sering berkata sejak mereka mentadbir negeri itu, telah banyak perubahan yang dilakukan, pembangunan dan ekonomi negeri itu berkembang berbanding kerajaan sebelum ini.
“Malah beliau turut mengumumkan bahawa kehadiran banyak pelaburan yang dibawa ke negeri itu adalah hasil usaha yang dilakukan mereka, banyak pembangunan hartanah dilaksanakan walaupun hak rakyat hilang,’ katanya kepada UMNO-Online.
Kebelakangan ini banyak pembangunan hartanah dilaksanakan di negeri itu, pembangunan itu telah menyebabkan ramai di kawasan terbabit terpaksa merempat ke tempat lain seperti apa yang berlaku di Kampung Pokok Asam dan Kampung Tengah di Jelutong.
“Tidak dinafikan, ada tanah yang didiami sejak bertahun-tahun dahulu milik kerajaan, mereka dijanjikan dengan ganti rugi atau pampasan, namun sebenarnya penduduk terbabit terpaksa menjadi pelarian meninggalkan tempat yang pernah menjadi kediaman mereka sejak dahulu.
“Walaupun gantirugi atau pampasan diberi, namun mereka terpaksa meninggalkan kawasan itu kerana tidak mampu memiliki rumah baru kerana harganya di luar kemampuan berbanding apa yang diterima,” katanya.
Dr Hamidin berkata, isu pembangunan tanah Bayan Mutiara yang melibatkan tapak masjid dan sekolah yang diperkatakan tidak akan memberi kudis kepada kerajaan Pulau Pinang walaupun pelbagai pihak menentangnya.
Menurutnya, jika masalah di Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam, Kampung Tengah, Jelutung serta beberapa kampung tradisi lain yang mempunyai penduduk mampu mereka atasi, inikan pula kawasan Bayan Mutiara yang tidak dihuni orang.
Terpulang kepada penduduk Pulau Pinang sendiri untuk menentukan masa depan mereka sama ada ingin terus menjadi pelarian di tanah sendiri atau memilih kerajaan yang prihatin serta sensitif dengan keperluan rakyat. -MediaUMNO

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers