Powered by Blogger.

inilah Samseng Kg. Dusun Dengan Ezam Nak Buat Kacau Ceramah Mat Sabu?


Malam ini (31 Mac 2012) kumpulan mahasiswa menganjurkan sebuah majlis makan malam dan ceramah umum yang menampilkan Timbalan Presiden PAS, Tn Haji Mat Sabu dan juga Hishamudin Rais sebagai penceramah jemputan. Program berlangsung di Dewan Al-Munirah, Johan Setia Klang bermula seawal jam 8.30 malam. Majlis bermula dengan Makan malam untuk dana mahasiswa dan seterusnya ceramah umum.

Difahamkan, kehadiran program ini di Klang menerbitkan kegoyahan Umno di pihak Ezam Md Noor yang berkerja keras untuk menawan Selangor di Zon Klang.
Seraya itu, dari sumber yang dipercayai, satu arahan telah dikeluarkan untuk mematahkan semua kerusi dalam dewan tersebut seperti mana yang berlaku di Jalan Kebun dan Kg. Idaman.

Kejadian di Jalan Kebun dan Kg Idaman menyaksikan banyak kerusi berwarna merah dipatahkan. Malam ini pula, kemungkinan kerusi berwarna merah juga yang disediakan kerana menurut pihak penganjur, hanya kerusi merah sahaja yang sedia ada.
Justeru itu, bantuan orang ramai diperlukan untuk mententeramkan lembu upahan ini. Jika lembu tersebut tidak berjaya dikawal, sembelih jika perlu dan hasil sembelihan haruslah dibahagi sama rata dalam erti kata keadilan.

Ayuh hadirlah beramai-ramai kerana jangkaan awal mendapati lembu yang bakal menyerang juga ramai. Akhir sekali satu peringatan buat semua, sila jangan mengenakan baju merah malam ini untuk keselamatan.

Semoga Allah selamatkan kita semua, yang celik minda dan yang tidak mudah dilembukan penguasa...
Maka bersedialah semua kerana kerusi-kerusi merah ini akan dipatah renyuk. Ini berikutan arahan serangan diserah kepada binatang yang begitu pantang kepada warna merah, iaitu lembu umno. ~kingofgoblok

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers