Powered by Blogger.

Hassan Ali rendahkan martabat dirinya


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali terkejut dan tidak menyangka Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali sanggup mengeluarkan kenyataan fitnah menyerang peribadinya.

Azmin juga menganggap Hasan Ali merendahkan martabat dirinya sendiri apabila gagal menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan pengubahsuaian pejabat sehingga mencecah RM300,000.

Malah, Hasan bertindak menyuburkan budaya fitnah apabila mencabar Azmin menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 sedangkan gajinya ketika itu hanya RM2,000 saja, lapor Free Malaysia Today.

“Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, berpengalaman luas tetapi saya terkejut sebab dia sanggup merendahkan martabatnya apabila menunjukkan respon negatif terhadap persoalan yang saya bangkitkan minggu lalu,” katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Azmin lagi, Hasan Ali bukan sahaja tidak menjawab soalan beliau, malah tidak menafikannya dan turut mengheret beberapa Adun lain mendakwa mereka juga melakukan perkara yang sama.

“Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangkan Hasan Ali?

“Dia tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu,” katanya yang menganggap isu saham itu satu fitnah lama yang timbul sejak dulu lagi.

Hassan Ali semalam mendakwa Azmin serta isteri termasuk iparnya memiliki saham mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an, memetik kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S A Vickneswaran sebelum ini .

Hassan turut mendesak Azmin agar melakukan ujian DNA untuk membuktikan bahawa anak beliau dan isterinya adalah anak kandung mereka.

Dalam perkembangan sama, penyelaras media Anwar, Eekmal Ahmad menjawab fitnah yang dilemparkan Hassan Ali di laman Twitter beliau.

Eekmal menunjukkan bukti berita yang melaporkan bahawa hubungan kekeluargaan di antara Azmin, isteri dan anaknya telah disahkan di mahkamah sewaktu perbicaraan Fitnah 1998 lagi.

Malah, fitnah berkenaan pembelian saham itu juga telah pun dijawab Azmin pada tahun 2009 lagi.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers