Powered by Blogger.

hasan ali mulut banyak bising


Ibarat kata pepatah rumah dah siap pahat masih berbunyi. Begitulah dengan keputusan perbicaraan DSAI yang memakan masa lebih 2 tahun tapi keputusannya dibaca tak sampai lima minit. Ada yg  kata terimalah keputusan mahkamah tetapi dalam hati tetap bengkek.

Tak puashati selagi DSAI belum sampai ajal. Kalau ditakdirkan DSAI jadi PM agaknya terus bernanahlah hati yang dah ada PHd.
Di tambah parah lagi dengan ucapan Hassan Ali yang saban hari berkumandang di TV. kalau dulu semasa dia dalam PAS susah sangat nak bersuara. Dulu dialah yg berkobar2 berceramah sana sini menyokong DSAI 1998 sampai orang jerit 'we want anwar ' baru dia terpaksa berhenti bercakap.

Hassan Ali ni memang pakar motivasi, rugi kerajaan tak lantik dia jadi menteri awal2 lagi. Cuma dia kena akur, kasirma dan aura DSAI lebih manthop dari dia, jadi berilah DSAI laluan... nanti bila ajalnya sampai orang lain take overlah. Janganlah awal2 lagi kata orang tu tak betul/tak layak kalau jadi PM nanti begitu dan begini.
TG Hadi pun layak jadi PM yang penting sekarang menangkan Pakatan, kemudian baru cerita sapa nak jadi PM. Ni belum apa2 dah kecoh, macam ada agenda nak porak perandakan pakatan pulak. Mungkin saya ni bersangka buruk, tapi sangkaan tu datang dari rentetan bukti2 yang nyata.

Kita dilarang sangka buruk ke atas sesorang yang zahirnya baik, tapi kalau zahirnya dah zalim apakah patut kita sangka baik?

Sedangkan yahudi dan nasrani pun ramai yang baik zahirnya tapi Allah suruh kita berhati2 dengan mereka kerana mereka itu musuh Allah. Nak bersangka baik pun agak2lah kan, biar bertempat. jangan sangka buruk kepada orang baik tapi bersangka baik pula kepada orang zalim/fasik.

Wallahuaklam....
Ummu Waheedah

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers