Home »
politik kita
 » Harga Minyak Asia Jatuh, Harga Minyak M'sia Naik..
Harga Minyak Asia Jatuh, Harga Minyak M'sia Naik..
 Harga minyak di pasaran Asia jatuh lagi kepada AS$101 setong Selasa  disebabkan peniaga menjangka pertambahan inventori minyak mentah  mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan lemah, lapor AP semalam.  Penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh AS$1.41 kepada AS$101.14  setong lewat petang Isnin dalam tempoh pertengahan dagangan elektronik  Kuala Lumpur bagi bursa dagangan New York. Kadar kontrak mencatatkan  peningkatan AS$5.37 atau 5.5 peratus sebelum reda pada AS$102.55.
  Pada 5 Mei lalu, kerajaan Umno-BN menaikkan harga minyak RON97 kepada  RM2.90 seliter dengan pertambahan sebanyak 20 sen lagi. Ia merupakan  kenaikan kali ketujuh sejak ia diapung mengikut harga pasaran semasa.  Kenaikan tersebut juga  merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara./KD
