Powered by Blogger.

dengar Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim

1Malaysia malah 1Dunia menunggu dengan debar Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas. Dari sudut politik aku telah kongsikan pandangan aku dalam entri “Bebas Anwar 901 Sokong Ke” untuk perhimpunan Bebas Anwar 901 dan Kes Liwat Anwar Ibrahim.
Politik ini licik setelah Polis membenarkan Perhimpunan Bebas Anwar 901 dengan 10 syarat tapi penganjur menolak. Perhimpunan Bebas Anwar 901 jika dijalankan secara aman pasti tidak akan mencapai matlamat sebenar perhimpunan itu diadakan. Apa ertinya sekiranya perhimpunan bebas Anwar berlansung aman tanpa disembur water cannon, tanpa dikejar oleh polis, tanpa dipukul oleh polis dan tanpa ditangkap oleh polis pastilah tiada cerita untuk dikabarkan kepada seluruh dunia. Semuga ini semua tidak berlaku. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan semuga semuanya berjalan lancar tanpa huru hara sehingga akhir perhimpunan.

Datuk Dr Hassan Ali menjadi korban politik yang sekian banyak kerana menentang Anwar Ibrahim. Ada yang kata Hassan Ali disingkir dari PAS kerana tidah patuh pada jemaah setelah berbaiah tetapi yang peliknya kemarin Hassan Ali kritik kes liwat Anwar, semalam Azmin Ali minta PAS singkir Hassan Ali dan hari ini Hassan Ali disingkir tanpa diminta membela diri. Mungkin itu sistem politik demokrasi PAS jadi tiada siapa boleh membangkang. Semuga tindakan PAS tidak mengali lubang sediri dalam memperjuangkan Islam sebagaimana yang diharapkan oleh majoriti ahli PAS. Who’s next?
Apa juga keputusan kes liwat Anwar Ibrahim kehidupan rakyat Malaysia mesti diteruskan dan pemimpin politik akan terus licik menyusun strategi selagi PRU 13 belum dicanang. Allah SWT sedang melihat kita semua dan menunggu waktu yang sesuai untuk menurunkan ujian sebagaimana yang berlaku tsunami dan gempa di Indonesia, ribut taufan di Filipina, banjir besar di Thailand, banjir besar di Australia, gempa bumi di New Zealand, banjir besar di Pakistan, tsunami dan gempa di Jepun dan banyak lagi becana di negara-negara lain tetapi belum lagi di Malaysia.

KEPUTUSAN : ANWAR DIBEBASKAN DARIPADA PERTUDUHAN KERANA BUKTI TIDAK CUKUP (ADAKAH MAKAMAH TIDAK ADIL??? SEPERTI TUDUHAN PAKATAN ATAU DS NAJIB RAZAK DENGAN NASIHAT AKU … HEEEEE)

Analisa : Anwar dibebaskan tanpa syarat dan aku yakin Peguam Negara akan merayu di atas keputusan kes ini. Semua ini strategi politik untuk kepentingan Negara. Penyokong Anwar jangan gembira sangat setelah menghentam sistem kehakiman Malaysia dan hakim Mohd Zabidin Mohd Diah yang menghakimi kes liwat Anwar Ibrahim atas bawah kanan dan kiri. Anwar pun dah umum seluruh dunia yang dia akan dipenjarakan. emmmmm …. Jangan terjerat dengan jerat sendiri.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers