Powered by Blogger.

Dalam Usia 86 Tahun, Mahathir Masih Menguasai Umno

Imbas kembali tahun 2008, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin tersangatlah gembira dan bersedia membantu Mahathir Mohamad menggulingkan Perdana Menteri Abdullah Badawi. Sebelum itu, Mahathir telah mencuba mengetuk Abdullah, cuma dia tidak mendapat tukulnya. Ini kerana Badawi agak bijak untuk mendapatkan mandat dari rakyat, sesuatu yang Najib sebagai penggantinya gagal untuk mendapatnya dan sesuatu yang terpaksa dibayarnya dengan harga yang mahal hari ini.

Pada tahun 2004, Badawi merupakan pengganti lantikan Mahathir yang membawa BN menang besar, dengan rekod sebanyak 95 peratus. Kemenangan yang serta-merta mengundang maklum balas kecemburuan dari bekas bosnya bahawa penguasaan yang terlalu besar di Parlimen tidak bagus untuk negara. Namun, Mahathir tidak perlu bimbang kerana pada tahun 2008, Badawi diremukkan jatuh. Dia telah membawa BN kepada presetasi pilihanraya yang paling buruk, malahan hilang penguasaan majoriti BN di Parlimen.

Sesuai dengan muslihat Dr M

Ini memberikan Mahathir peluang untuk menggulingkan Abdullah. Tiada rasa saling menghormati antara keduanya, ia sudah lama dibuang. Punca kebencian beakar umbi terutamanya dari anak menantu Khairy Jamaluddin, yang disalahkan Mahathir kerana membekukan beberapa projek kesayangannya termasuklah projek jambatan bengkok ke Singapura. Waktu itu, orang ramai juga sudah tidak begitu senang dengan Badawi. Daripada seorang Mr Nice Guy atau Mr Clean, dia menjadi Mr Suka Tidur kerana mengantuk di tempat kerja. Cukup jelas juga keluarganya telah mendapat manfaat daripadanya Perdana Menteri bagi mengumpul kekayaan untuk diri mereka sendiri.

Sekarang Najib mendapati dirinya dalam sampan yang sama seperti Badawi selepas pilihan raya umum Mac 2008. Najib yang baru berusia 58 tahun sedar dirinya sedang ditolak keluar tetapi dia seolah-olah bertekad untuk melawan kembali, walaupun ini mungkin memerlukan dia 'menggigit tangan yang memberinya makan', iaitu Mahathir. Apabila seorang Dr.M yang kini berusia 86 tahun membuat keputusan ‘bersara’ padas tahun 3002, dia memastikan Badawi menerima Najib sebagai timbalannya.

Mengapa Najib? Sebahagiannya disebabkan kesetiaan lama dan membalas budi kepada ayah Najib dan pakciknya, yang merupakan perdana menteri kedua dan ketiga. Namun sebab utamanya kerana ia sesuai dengan skim perancangan anak Mahathir sendiri, untuk memutarkan kitaran kepimpinan dalam Umno terhad sesama keluarga Najib, Hussein dan Mahathir. Yang lainnya seperti Badawi hanya menjadi pemanas kerusi dan ini termasuklah Muhyiddin Yassin, yang begitu berminat untuk menggantikan Najib selaku presiden Umno yang seterusnya dengan sokongan Mahathir.

Siapa yang akan Mahathir pilih?

Dalam usia 64 tahun, Muhyiddin dikenali dengan kata-katanya “yang pertama saya seorang Melayu, keduanya baru Malaysia,” komen yang mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang bukan Melayu. Komen yang kurang bijaksana, manakala hanya memenangi sedikit saja sokongan dari masyarakat Melayu. Ia membuatkan Muhyiddin sangat tidak mungkin untuk menguruskan atau mengawal orang bukan Melayu, yang amat penting, jika dia mahu kekal sebagai presiden Umno dengan kekuatannya sendiri. Hal inilah yang amat sukar sekali buat Najib, menjanjikan sesuatu yang berbeza kepada kaum-kaum yang berbeza, kehilangan kepercayaan semua dan terpaksa bergantung pada belas kasihan rakan-rakan dalam partinya.

Namun untuk Mahathir, kelemahan Muhyiddin ini sesuai dengan syarat utama sokongannya – perdana menteri untuk sepenggal saja – kepada semua yang datang mendapatkan restunya sebagai ‘kingmaker’(orang yang paling berpengaruh membuat keputusan). Ciri-ciri ini membolehkan anaknya Mukhriz, sekarang 46 tahun, menjadi PM pada usia 50 tahun atau awal 50 an.

Putera Kelantan Tengku Razaleigh mencipta kekacauan kecil apabila tiba-tiba dia melancarkan ‘NGO’ yang dipanggil Amanah dua minggu dulu. Lantas langsung dia didakwa menubuhkan satu platfom politik yang baru dan pada mulanya kaki putar khabar dari Umno menggunakan Amanah untuk menuduh parti-parti Pakatan Rakyat PAS dan DAP sedang merancang untuk menggantikan Anwar dengan Ku Li. Tapi mereka tidak dapat mempertahankan dalih tidak waras itu dan Utusan – akhbar Umno yang menurunkan pemberitaan editorial dari Najib – kini menasihatkan Ku Li untuk membubarkan Amanad dan tidak terus memecah belahkan orang-orang Melayu.

Dalam usia 74 tahun, Ku Li juga dapat memenuhi syarat Nombor 1 yang ditawarkan Mahathir iaitu ‘hanya untuk satu penggal sahaja’. Antara ramai-ramai orang Umno, dia dilihat menjadi yang paling ‘mulia’ sekali, selagi dia dapat menunaikan janji untuk pergi apabila tiba masanya – seperti perjanjian ketat keppada Badawi dan kini Najib. Seperti Muhyiddin, sokongan Ku Li di dalam Umno amat terhad. 

Namun kesan buruknya kepada rakyat Malaysia, untuk menjunjung janjinya kepada Mahathir, Ku Li akan berakhir menjadi satu lagi PM ‘dengan janji-janji manis’. Kepada mereka yang kenal Mahathir, adalah tidak dapat dibayangkan jika dia membenarkan mana-mana dasar untuk reformasi, sebarang tindakan yang boleh mengancam gaya pemerintahan kuku besi sedia ada. Rakyat Malaysia boleh menjangkakan syarat utama sokongan Mahathir termasuklah sekatan pada pembuatan dasar.

Kenapa Muhyiddin berdiam tentang kemasukan Ku Li di dalam perebutan? Pemerhatai Umno berkata, pertamanya, dia tidak ada banyak pilihan kecuali bersabar kerana dia tidak mendapat sokongan yang yang besar di dalam Umno. Keduanya, dia telah jauh mendahului di dalam senarai dan Ku Li hanya kacau daun ikut bersaing apabila jelas kata-kata Muhyiddin ‘Melayu pertama, Malaysia kedua’ itu, menjadi kesalahan bodoh yang boleh menjadi risiko dalam usaha BN mengekalkan kuasa di peringkat persekutuan. Semua dipertimbangkan, amat bijak untuk diam bersabar.

Buat Badawi dan Khairy, kecuali mereka tiba-tiba merebut kuasa dengan cara yang cukup dramatik, adalah amat susah untuk percaya sama sekali, mereka dapat terus maju menguasai Umno. Sokongan terhadap Badawi amat lemah, meski beliau pernah disukai oleh rakyat Malaysia pada suatu ketika, apabila dia enggan menjuarai rakyat menentang Najib dan hari-hari krisis Perak, memilih untuk kepentingan dirinya sendiri, sejak itu rakyat Malaysia hilang kepercayaan kepadanya. Untuk Khairy pula, sehinggalah dia mampu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa dia bukan bilionawan termuda di Malaysia melalui harta kekayaan yang didapatkan dengan cara rasuah dan seleweng, tidak ada sesiapapun yang sanggup membazirkan masa untuk dirinya, kecuali dirinya dan kelompok kecil pasukannya.

Bagi Najib, perkembangan semasa menjadi lebih sukar dan apa jua perlawanan yang diletakkannya, dia tidak akan mampu menghindari musuh-musuhnya di dalam Umno, kerana dia cukup bodoh membunuh sokongan rakyat terhadapnya, yang sebenarnya merupakan titik penting persamaan kuasa dengan Mahathir.

Kad kemenangan Najib hanya apabila dia menggunakan muslihat yang sama seperti ayahnya, untuk menjatuhkan perdana menteri Tunku Abdul Rahman. Tercetusnya rusuhan kaum dan mewujudkan pemerintahan tentera dan polis. Kemudian, secara tersusun dan teratur menyingkirkan musuh-musuhnya di dalam Umno dan menggantikan dengan pengikut setianya sendiri. Inilah mimpi paling ngeri untuk Mahathir dan amaran telah diberikan melalui bekas penasihatnya Mathhias Chang.

Pemerintahan darurat masih berkemungkinan

Cukup jelas, sekiranya perintah darurat dikenakan, akibatnya akan memberi kesan kepada lebih ramai orang berbanding pihak yang terbabit di dalam Umno. Ia bermakna kehilangan demokrasi untuk Malaysa, harga paling mahal yang akan merugikan masa depan negara dan tidak boleh diperbaiki lagi. Namun sesungguhnya, kelihatan seolah-olahnya Najib, Rosmah dan Hishammuddin Hussein lebih mengambil berat untuk kekal berkuasa dan menikmati hasil susah payah ayahanda-ayahanda mereka daripada peka kepada kehendak rakyat Malaysia. Kenapa mereka mesti berfikir demikian atau seberapa besar hutang budi rakyat Malaysia kepada Abdul Razak dan Husein Onn menjadi tanda tanya dan sukar diterima ramai orang.

Tepat sekali dan inilah mungkin mengapa Mahathir percaya jika ada mana-mana pemimpin Melayu yang perlu dikenang budinya dan memiliki hak untuk mengekalkan warisan dinasti kekuasaan, orangnya adalah dirinya sendiri. Dia memerintah Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003. Razak memerintah dari 1970 hingga 1976, Hussein 1976-1981. Bagi Tunku, yang menjadi PM dari 1957 hingga 1970, dia meninggal dunia tanpa pengganti lelaki dan peluang keluarganya yang telah ditutup oleh Abdul Razak, telah memilih untuk terus keluar dari politik.

Walaupun Umno telah berkembang ke saiz 3 juta orang ahli, yang mana hampir seorang atau lebih dalam keluarga Melayu merupakan ahli Umno, namun parti itu sangat bersifat elit dan dikendalikan secara feudal dengan mengutamakan pangkat dan darjat. Kuasa dalam genggaman segelintir yang berdarjat tinggi dan hampir kesemua kuasa ini sekarang sedang dipegang dalam genggaman Mahathir.

Hanya beberapa hari lalu, para pemimpin PAS membuat tuduhan terbuka yang jarang-jarang sekali dilakukan bahawa terdapat beberapa kumpulan di dalam Umno yang cuba menjatuhkan Najib. Namun pada peringkat permainan kuasa ini, musuh terdekat PM bukan lagi Pakatan tetapi dari Umno sendiri. Najib tahu hal ini, elit Umno bukanlah besar sangat ia seperti kelab alumni. Para pencabarnya tidak berkata apa-apa dan jika dia merasa bahang daripada pendedahan global siri skandal-skandal tentang gaya hidup mewah keluarganya, dia perlu membeli lebih banyak penghawa dingin.

Sesiapapun yang menang di dalam Umno hari ini, dia tidak akan mampu merangkul kerusi Perdana Menteri. Terdapat peluang bagi Anwar dan Pakatan Rakyat untuk menang pilihanraya umum ke 13 dan hal ini mungkin memaksa berlaku gegaran baru dan besar yang bakal menggoncang Umno, barangkali satu-satunya cara untuk Umno mereformasikan partinya dan terus hidup sebagai pilihan politik buat rakyat./mc

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers