Powered by Blogger.

awas!! SPR Bersengkokol Pindahkan Pengundi?


BUKIT KATIL 31 Mac - Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya. Zawawi (gambar) menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain. Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong. "Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," katanya kesal.

Beliau yang telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam juga terkejut apabila ditunjukkan salinan borang pertukaran alamat yang tertera cop Kemas dan tandatangan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun," katanya lagi.

Ekoran perkara itu, beliau juga telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu itu sebagai perbutan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi parti politik tertentu dalam usaha mendapatkan kemenangan dengan cara tidak bermaruah pada PRU-13 nanti.

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" katanya. ~harakahdaily

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers