Powered by Blogger.

adakah Sokongan Rakyat Selangor Memuncak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin sokongan rakyat di Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) semakin memuncak ekoran kegagalan kerajaaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji-janjinya semasa pilihan raya umum 2008.
“Kita nak tanya pada pembangkang, janji pada pilihan raya umum (PRU) 2008banyak mana sudah mereka tunaikan…?
“Cukai pintu turun 20 peratus dah tunai…? cukai premis perniagaan turun 10 peratus dah tunai…? perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor dah tunai?…semua belum (ditunaikan) lagi.
“Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada BN, kita dah kena tipu sekalicukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 5,000 orang pada majlis bantuan kepada mangsa banjir bagi kawasan Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, di sini, hari ini.
Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata beliau sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat di negeri ini.
“Saya sepatutnya berada di Sepang untuk mengikuti perlumbaan F1, tetapi Hamilton (pelumba F1 Lewis Hamilton) boleh tunggu, rakyat Hulu Langat lebih penting dan dapat keutamaan. “Lagipun Hamilton tak boleh undi, tuan-tuan boleh undi,” katanya.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan hampir RM6 juta kepada 3,578 mangsa banjir di Parlimen Hulu Langat dan Ampang.
Perdana Menteri berkata bantuan berkenaan termasuk wang tunai RM500 untuk setiap mangsa banjir di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.7 juta daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Yayasan 1MDB turut menyumbang bantuan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta termasuk wang tunai RM500 kepada setiap mangsa banjir selain sumbangan kos membaiki 100 buah rumah dan mengganti peralatan masjid serta surau yang terjejas akibat banjir yang berlaku 7 Mac lepas.
Najib juga menyampaikan bantuan sumbangan Kelab Putra 1Malaysia yang berupa dua tilam serta sebuah dapur gas kepada beberapa keluarga.  Katanya semua bantuan akan diagihkan kepada setiap keluarga terbabit dalam tempoh tiga hari.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers