Powered by Blogger.

18,750 Dihukum Mati Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Amnesty International Malaysia (AIM) mendakwa seramai 18,750 individu telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun lalu dengan sekurang-kurangnya 676 daripada mereka telah menjalani hukuman tersebut.
AIM melalui satu kenyataan memberitahu, pertubuhan itu tetap menentang hukuman mati kerana hukuman itu dianggap mencabul hak untuk hidup, zalim, tidak berperikemanusiaan dan mengaibkan.
“Laporan tahunan Amnesty International mengenai hukuman mati pada tahun lalu mendapati negara yang melaksanakan hukuman mati telah melakukannya pada kadar yang membimbangkan..
“Namun jumlah negara yang mengamalkan hukuman mati telah menurun lebih dari satu pertiga berbanding dengan seabad lalu.Hanya 10 peratus negara iaitu 20 dari 198 negara yang melaksanakan hukuman mati pada tahun lalu,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu. individu yang dijatuhkan hukuman mati atau telah dikenakan hukuman itu antaranya melibatkan persetubuhan dan amalan seks luar tabii di Iran, sihir di Arab Saudi, pemerdagangan tulang manusia di Republik Congo dan kesalahan dadah di lebih 10 negara.
Tambah kenyataan itu, cara penghukuman mati berkenaan termasuk pancung, gantung, suntikan maut dan tembakan. – mynewshub.my

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers